gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dikecam Kerana Kriteria Lelaki Idaman, Nadia Brian Pilih Untuk Diam & Berdoa - “Di Hari Arafah Ini Saya…”
HIBURAN
Ika Nabella Kurang Setuju Suami & Isteri 50/50 Dalam Perkahwinan - “Suami 100% Provider & Pemimpin, Isteri….”
VIRAL
Kongsi Video Mesra Dengan Lelaki Sepanyol, Leona Nafi Bercinta - “Kami Hanya Lepak Dalam 10 Minit & Lepas Itu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Live Jual Beg Tapi Tak Semangat, Aliff Syukri Tegur Anak - “Orang Tak Nak Beli Kalau... ”

gempak
Umirah Halim
03/06/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Live Jual Beg Tapi Tak Semangat,  Aliff Syukri Tegur Anak - “Orang Tak Nak Beli Kalau... ”
Tular sepotong video rakaman sesi siaran langsung memaparkan usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri yang dilihat mengajar anak lelakinya, Ammar, teknik menjual beg secara langsung (live selling).
Menerusi rakaman tersebut, Datuk Aliff memberi motivasi kepada Ammar dengan menekankan pentingnya semangat dan sikap bersaing secara sihat dalam perniagaan.
@farr_affiliate1 😱 #alifsyukriterlajaklaris #ammarterlajaklaris ♬ bunyi asal - Farr_affiliate
“Anak yang bersemangat dan bersaing secara sihat, sebab bila kita bersaing kita bersaing dengan 30 juta rakyat Malaysia. Kena fokus, bila cakap kena semangat,” tegasnya.
Walaupun Ammar cuba mengikuti arahan bapanya, Aliff bagaimanapun tidak berpuas hati dengan suara dan gayanya ketika memperkenalkan beg merah.
Malah, wajah Ammar juga kelihatan pasrah dan kurang bermaya berbeza dengan aura bapanya yang penuh semangat.
“Ni tak semangat, orang tak nak beli, semangat tiada, kalau tak orang tak beli, aiyo tak educated,” ujar Aliff.
Rakaman tersebut mencetus pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan Ammar seperti seorang introvert dan kurang sesuai dengan bidang jualan langsung.
“Nampaklah ni bukan bidang dia. Biar lah dia nak buat apa yang dia suka datuk.
“Kesian la anak dia.
“When introvert kena paksa buat sale.
“Tak semua personaliti sama… takut benda ni bagi tekanan kat anak dia tu…,” komen beberapa netizen.
Namun begitu, ada juga yang memuji pendekatan Datuk Aliff yang berusaha membentuk Ammar menjadi individu berdikari dan berdaya saing.
“Tak ada kesian pun, dia sedang create anak dia menjadi somebody.. walaupun dia kaya, tapi dia tak letak anak dia dalam zon selesa. Kita yang selalu sengkek ni kena belajar macam dia macam mana nak create anak kita. Umur 20-an pun masih ‘suap’ anak makan, buat itu tak pandai, buat ini tak reti. Orang ‘ada’ kita nak ‘ada’ jugak. Maaf kalau kasar, sebab sayang dengan bangsa sendiri, kita perlu bangkit mulai sekarang,” tulis seorang netizen.
Topic Berkaitan
#Anak
#Aliff
#Syukri
#Live
Must-Watch Video