,
Laman Utama

#ListenToAided: Tenangkan Diri, Jom Hayati Lima Lagu Tentang Rasulullah Ini

Asraf Aided
20/10/2021
14:10 MYT
Sedar tak sedar, hari Rabu kembali dan sekali lagi penulis berkesempatan mencoret dalam kolum ini.
Memandangkan kita umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul atau Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW semalam, #ListenToAided ingin mengimbas lima nasyid yang mengisahkan dan berkait rapat dengan kisah dan pengorbanan Baginda Rasulullah.
Mari kita sama-sama memperingati dan berselawat terhadap Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah - Hijjaz
Lagu ini sememangnya terkenal. Ditulis oleh Putra Aiman, tajuknya saja sudah jelas memberitahu tentang lagu ini.
Liriknya mengajak kita mengenang Rasulullah dan pengorbanan serta kebaikan Baginda terhadap umat Islam di dunia ini.
Meskipun tidak pernah bersua dengan Nabi Muhammad, kita tetap mencuba sedaya upaya untuk menyambung perjuangan Baginda dan mengamalkan segala sunnah yang tentunya banyak kebaikan.
Ya Rasulullah - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara ini juga pernah melancarkan lagu tentang Rasulullah SAW.
Lagu yang ditulis serta digubah oleh Abu Bakar Mohd Yatim ini dimuatkan dalam Album lagu keagamaan Siti berjudul Tahajjud Cinta yang dilancarkan pada tahun 2009.
Album tersebut turut menampilkan lagu keagamaan popular Siti berjudul Ku Percaya Ada Cinta hasil tulisan Habsah Hassan dan digubah oleh Audi Mok.
Junjungan Mulia - Al Mizan
Lagu ini sememangnya popular sehingga kerap menjadi pilihan dalam persembahan nasyid di sekolah. Lagu Junjungan Mulia menceritakan dengan lengkap tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Dari tempat, hari, waktu, tarikh dan tahun, semuanya diceritakan dalam lirik lagu ini.
Lagu Junjungan Mulia digubah oleh Abdullah Jamel dan dirakamkan oleh kumpulan Al-Mizan pada tahun 1979.
Tiba-tiba penulis terimbas kembali detik-detik membuat persembahan nasyid ketika di sekolah rendah, lagu ini kerap menjadi pilihan. How time flies!
Dia Kekasih Allah - Hijjaz
Lagu ini pertama kali dilancarkan oleh kumpulan Hijjaz pada tahun 2002 dan terbaru, mereka melancarkan dalam versi segar 2021.
Lagu yang ditulis Ito Lara ini mengisahkan umat Nabi Muhammad yang merindui baginda, namun bagaimana cara jika kita berasa rindu? Kadang-kadang diri kita insan biasa terasa kecil dan hina, namun apa yang terdaya kita lakukan.
Berselawat dan amalkanlah segala sunnah Baginda sebagai tanda menghargai dan semoga kita diberkati Allah serta mendapat syafaat dari Nabi Muhammad di akhirat nanti.
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Lagu ini juga menceritakan pengorbanan yang dilakukan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah SWT.
Baginda Rasulullah tidak pernah goyah, berjuang habis habisan dan sabar dalam apa jua keadaan.
Kasih Padamu ditulis sendiri oleh Hafiz Hamidun dan dilancarkan pada tahun 2013.
Demikianlah sedikit imbasan lagu yang mengisahkan tentang Nabi Muhammad SAW. Semoga ia bermanfaat dan mampu membuatkan kita sentiasa mencintai Baginda. Insya-Allah.
Kredit Foto: iStock
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

gempak
18/05/2024
15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit