,
Laman Utama

#ListenToAided: Jom Imbas & Hayati Lima Lagu Ratu Rock Ella!

Asraf Aided
29/09/2021
13:10 MYT
Ella sememangnya bintang berbakat besar yang tiada pengganti. Mula menjejak kaki dalam industri muzik tanah air pada sekitar tahun 1983, nama Ella kian menyinar dan masih teguh sehingga kini dengan memegang predikat Ratu Rock Negara.
Memegang profil sebagai penggiat seni yang dihormati, bakat dan hasil kerja Ella amatlah wajar untuk terus dihargai dari zaman ke zaman.
#ListenToAided hari ini mengajak anda imbas kembali lima lagu Ratu Rock ini untuk dibuat hiburan bersama.
Retak
Saya masih ingat lagu ini amat popular ketika saya masih bersekolah rendah. Bukan sahaja Retak, malah lagu-lagu Ella yang lain juga malar segar dan masih diminati sehingga kini.
Retak merupakan hasil ciptaan Amin Abdullah dan dimuatkan dalam album Ella berjudul Ilham Bicara pada tahun 2001.
Sembilu
Lagu yang ditulis Saari Amri ini mengisahkan seorang kekasih yang tidak menghargai teman wanitanya. Sedangkan wanita itu selalu setia dan menyayangi teman lelakinya itu.
Lagu ini dilancarkan pada tahun 1992, sehingga kini, tontonan muzik videonya di saluran YouTube UniversalMYVEVO mencecah lebih lima juta.
Sepi Sekuntum Mawar Merah
Lagu ini tidak kurang juga hebatnya. Sepi Sekuntum Mawar Merah ditulis oleh Lukhman S dan digubah oleh Fauzi Marzuki.
Lagu yang turut menjadi pilihan ramai ketika di bilik karaoke ini dimuatkan dalam album Ella 100% Remix yang dilancarkan pada tahun 2006 bersama lagu-lagu hitnya yang lain.
Kesal
Juga dimuatkan dalam album yang sama seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Kesal mendapat khidmat Roma Gia selaku penulis lirik dan komposer.
Lirik lagu ini menyampaikan mesej tentang rasa ingin memutuskan hubungan percintaan kerana ia didapati lebih baik daripada terus terseksa perasaan.
Penceritaan Kesal disampaikan dalam melodi rock dan rancak yang semestinya masih tidak lapuk sehingga kini.
Mendung Tak Bererti Hujan
Well, I'm saving the best for last! Ini merupakan salah satu lagu Ella yang paling saya minati!
Lagu ini dirakam di Jakarta, Indonesia dan menyaksikan Ella berduet dengan penyanyi terkenal negara jiran itu, Allahyarham Deddy Dores.
Menariknya, Mendung Tak Bererti Hujan ini bukan sahaja dinyanyikan oleh Deddy, malah turut ditulis dan digubah olehnya sendiri.
Lagu ini juga dimuatkan dalam album yang dipasarkan di Indonesia menggunakan judul sama, Mendung Tak Bererti Hujan pada tahun 1991.
Demikianlah lima lagu nyanyian Ella yang evergreen dan sentiasa diminati ramai.
Semestinya banyak lagi lagu-lagu Ratu Rock ini yang hebat dan bergantung kepada minat masing-masing.
Semoga kita berkesempatan untuk 'bertemu' dalam #ListenToAided minggu hadapan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

Lepas 21 Tahun, Ella Syukur Standing in The Eyes of The World Masih Melekat Di Hati Rakyat Malaysia – “Dengar Terus Jatuh Cinta"

gempak
31/08/2024
08:48 MYT
Ratu rock Malaysia, Ella merasakan dirinya begitu bersyukur kerana memilik lagu popular ‘Standing in The Eye of The World’ dan sering menjadi siulan setiap kali menyambut hari kemerdekaan atau pada musim sukan.
Hiburan

Suami Ella Payung Lagu 'Mendung Tak Bererti Hujan', Ironi 'Perpisahan' 9 Tahun Sebelum Berkahwin

gempak
10/08/2024
09:00 MYT
Suami kepada ratu rock negara, Ella, Kapten Azhar Ghazali, memberitahu lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang dinyanyikan bersama isteri tersayang di konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia punyai maksud tersendiri.
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.