gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai

Gempak
Gempak
28/06/2025
11:42 MYT
Sponsor Banner
Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai
Selepas buah epal dan oren, kerajaan turut bersetuju mengecualikan limau mandarin dan kurma sebagai sebahagian daripada buah-buahkan import terpilih yang dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, perkembangan tersebut merupakan salah satu daripada tiga pindaan utama kepada SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.
Menurutnya, perkara tersebut telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan sesi libat urus MOF bersama beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan pada Khamis.
"Bagi mengurangkan bilangan perniagaan kecil yang terkesan akibat peluasan skop Cukai Perkhidmatan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga telah memutuskan untuk menaikkan had nilai ambang pendaftaran bagi perkhidmatan pajakan atau sewaan serta perkhidmatan kewangan, daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
"Ini bermakna, hanya perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan melebihi RM1 juta akan dikenakan Cukai Perkhidmatan atas perkhidmatan sewaan atau pajakan untuk membolehkan lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menikmati manfaat pengecualian.
"Turut diputuskan adalah peluasan skop Cukai Perkhidmatan tidak diteruskan kepada perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku (manicure dan pedicure), rawatan wajah (facial), serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
MOF menambah, sejak pengumuman pada 9 Jun 2025 berkenaan semakan semula pelaksanaan SST, kerajaan telah meneliti dan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada rakyat serta pihak industri terhadap peluasan skop SST yang dicadangkan.
Justeru tegasnya, kerajaan tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan harian bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat terbanyak.
"Barangan keperluan harian yang dikecualikan daripada Cukai Jualan ini — sama ada dihasilkan dalam negara atau diimport — termasuk beras, ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan telur.
"Ikan tempatan seperti selar, tongkol, cencaru dan sardin, sama ada dalam bentuk sejuk beku, sejuk dingin atau segar, juga akan terus dikecualikan," katanya.
Sehubungan itu MOF menggesa semua pihak agar membuat kenyataan yang bertanggungjawab dan berpandukan maklumat rasmi berhubung pelaksanaan SST.
"Orang awam disarankan untuk merujuk pengumuman awam, infografik, perundangan subsidiari, garis panduan, dan soalan lazim yang diterbitkan menerusi saluran rasmi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kurma
#Kerajaan
#Cukai
#SST
#Epal
#Oren
#Limau mandarin
#MOF
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement