,
Laman Utama

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji

Maliah Surip
29/05/2023
08:50 MYT
Bintang terkenal Indonesia, Raffi Ahmad akhirnya dapat melunaskan hajat untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu pergi haji pada tahun ini.
Ironi, Raffi sudah lima tahun punya impian untuk naik haji namun hajatnya tidak kesampaian tetapi tahun ini dia siap menjadi salah satu jemaah selepas diajak oleh ibunya, Amy Qanita.
“Tahun ini ibu ajak pergi haji dan saya minta semua jadual dilapangkan untuk menunaikan rukun Islam ini,” katanya seperti dilaporkan Tempo.
Selain ibu, Raffi akan menunaikan haji bersama isteri, Nagita Slavina dan memberi kejutan manis buat tiga orang pekerjanya apabila membawa mereka bersama.
Raffi diketahui memberi kejutan kepada pekerjanya yang dikenali sebagai Abrar, Lemon dan Priyo.
Mereka diminta untuk datang ke pejabat mengenakan baju putih tanpa diberitahu maksud dan tujuannya. Ketiga-tiga pekerjanya kemudian dikejutkan dengan tulisan di layar "Selamat Datang Calon Jemaah Haji".
Lebih menarik, Raffi sebenarnya menerima tajaan untuk menunaikan haji.
“Padahal saya tak ada masalah untuk bayar sendiri perbelanjaan tunai haji, tapi Alhamdulillah ada yang mahu bayar. Masya Allah,” akuinya yang sudah enam kali menunaikan umrah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Viral

Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

gempak
06/07/2024
18:39 MYT
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.