HIBURAN
Lilo Bagaikan Dicipta Untuk Maia Kealoha
Pelakon cilik, Maia Kealoha berjaya mencuri perhatian menerusi lakonannya sebagai Lilo dalam filem live-action Lilo & Stitch.
Meskipun ini merupakan penampilan sulung Maia di layar perak, gadis berasal dari Hawaii ini langsung tidak kelihatan kekok dalam menggalas watak utama.
Untuk kemunculan pertama Maia seharusnya diberikan pujian kerana dapat membawa watak Lilo itu sebaiknya dari segi penyampaiannya yang sangat bersahaja sekali gus memberikan dimensi baharu kepada karakter ikonik terbitan Disney itu.
Senang kata watak itu seolah-olah tercipta untuknya. Malah, gadis cilik itu turut berjaya mempamerkan chemistry yang mantap bersama watak Stitch.
Filem arahan Dean Fleischer Camp ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sydney Agudong, Zach Galifianakis, Billy Magnussen, Kaipo Dudoit dan Chris Sanders, yang kembali menyumbangkan suara sebagai Stitch.
Filem Lilo & Stitch sudah boleh mula ditonton di pawagam bermula 22 Mei 2025.
Must-Watch Video