,
Hiburan

Liam Payne Maut Lepas 48 Jam ‘Ditinggal’ Kekasih, Cakap: “Ini Hari Yang Indah…”

Maliah Surip
17/10/2024
13:25 MYT
Kematian bekas anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan jatuh daripada balkoni sebuah hotel di Argentina masih mengejutkan peminat.
Payne dipercayai mati pada usia 31 tahun akibat terjatuh daripada balkoni tingkat tiga bilik hotel Casa Sur di Palermo Buenos Aires, Argentina pada malam Rabu.
Meski laporan rasmi mengenai punca kematian Payne belum diumumkan, pihak perubatan kecemasan 911 yang datang ke lokasi kejadian memaklumkan lelaki itu maut kerana mengalami kecederaan serius.
Menerusi perkongsian rakaman 911, mereka mendapat panggilan daripada pengurus hotel yang mendakwa bimbang mengenai keselamatan seorang penghuni lelaki yang mengamuk, memecah dan merosakkan barangan di dalam bilik.
Pihak hotel juga memberitahu lelaki tersebut berada dalam pengaruh dadah dan alkohol dan bimbang jika nyawanya dalam bahaya.
Pasukan keselamatan kemudian sampai enam minit selepas panggilan dibuat dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan cedera parah.
Ironi sebelum maut, Payne sempat mengemas kini media sosial dan memberitahu aktiviti yang mahu dilakukan semasa berada di Argentina.
Malah 48 jam sebelum mati, Payne juga menyifatkan percutiannya ke Argentina sebagai hari yang indah.
“Hari yang indah di Argentina. Saya sedang menikmati sarapan pagi dan kopi,” katanya menerusi sepotong video yang dikongsi oleh Skynews.
Sebelum kematiannya, Payne berada di Argentina bersama kekasihnya, Kate Cassidy untuk menyokong dan muncul di konsert salah seorang bekas anggota One Direction, Niall Horan.
Cassidy bagaimanapun pergi ke Afrika Selatan meninggalkan kekasihnya, dua hari sebelum kematian Payne kerana berasa terlalu lama berada di Argentina.
“Kami sepatutnya berada di sini lima hari tapi sudah menjadi dua minggu, jadi saya pergi dulu,” katanya seperti dilaporkan Mirroruk.

BERITA TRENDING: Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years

BERITA TRENDING: You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

BERITA TRENDING: Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

BERITA TRENDING: Kesihatan Tun Mahathir Semakin Baik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

gempak
17/10/2024
01:30 MYT
Payne dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.
Hiburan

Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

gempak
16/10/2024
23:59 MYT
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hiburan

Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

gempak
16/10/2024
02:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan dakwaan dia dan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tinggal serumah biarpun dudah berpisah.
Berita

Nenek Buta Sebelah Mata Hebat Menembak, Rupanya Bekas Askar

gempak
14/10/2024
14:55 MYT
Seorang nenek berusia 92 tahun dan buta sebelah mata dari China berjaya mengejutkan netizen apabila mampu menembak sasaran hampir tepat seperti atlet sukan menembak yang lain.
BorakSeeni