HIBURAN
Lia Natalia Kembali Bekerja Lepas Bapa Meninggal Dunia, Baru Faham Makna ‘Rindu Tak Berpenghujung’ - “Sakit Memang Sakit”
Pelakon, Lia Natalia, meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah bapanya yang telah meninggal dunia kira-kira 19 hari lalu.
Tak Pernah Gagal Ziarah Pusara
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Lia berkongsi rutin hariannya yang tidak pernah gagal menziarahi pusara arwah bapanya itu, kecuali jika hari hujan.
“Selepas dua bulan lebih menjaga bapa, hari ini hari ke-19 bapa pergi dan aku kena kuatkan hati juga kembali ke rutin kerja.
“Setiap hari ziarah bapa kecuali kalau hujan jak baru endak sempat pegang tanah kuburan bapa,” katanya.
Baru Faham Makna 'Rindu Tiada Penghujung'
Reda dengan pemergian itu, Lia turut mengakui kini dia benar-benar memahami makna sebenar ‘rindu yang tiada penghujung’.
“Sakit memang sakit, tapi hidup mesti diteruskan.
“Setiap hari aku titipkan doa untuk bapa dan aku tahu, dari alam sana, bapa sedang doakan aku juga. Doakan anakmu berjaya ya pak dalam apa jua yang aku buat,” luahnya penuh sebak.
Dalam pada itu, Lia merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Tawau bagi menghadiri tahlil 40 hari arwah bapanya, selain terus menziarahi pusara insan tercinta itu.
“Tahlil 40 hari bapa aku balik Tawau & ziarah bapa lagi yah. Rumah baru bapa lepas 100 hari, insyaAllah kita buat cantik-cantik ya pak,” tambah Lia.
Terdahulu, Lia memaklumkan bapanya, Allahyarham Abden Aben telah meninggal dunia pada pagi Jumaat, 10 malam terakhir Ramadan di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Lia Natalia Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ditidurkan, Lia Natalia Mohon Doa - “Rest Well Ya Pak”
Must-Watch Video