Hiburan

Lia Aziz Jawab Spekulasi Rumah Tangga Sedang Goyah, Berteka-Teki Status Terkini Bersama Suami – “Yang Mana Tahu, Tahulah”

gempak
Khairil Khusyairi
07/12/2024
12:50 MYT
Sponsor Banner
Lia Aziz Jawab Spekulasi Rumah Tangga Sedang Goyah, Berteka-Teki Status Terkini Bersama Suami – “Yang Mana Tahu, Tahulah”
Penyanyi Lia Aziz tampil memberi respons mengenai spekulasi hubungan rumah tangganya yang didakwa sedang goyah.

Biar Orang Bercakap-Cakap

Kongsi Lia atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 21, dia lebih selesa mengunci mulut selain memaklumkan hanya yang tahu sahaja tahu tentang situasi dia bersama suami, Arash Azimi yang juga merupakan anggota kumpulan Tree Hill.

“Untuk spekulasi itu, saya dan Arash sendiri anggap siapa yang rapat yang tahu, tahu sajalah. Tapi kami tak cakap apa-apa pun.

“Memang ramai yang bertanya, perkara itu dah lama jadi spekulasi pun cuma saya biar saja orang bercakap begitu.

“Sebab saya dan Arash sendiri tak akan cakap apa-apa, yang mana tahu, tahu lah,” kongsinya kepada Gempak.

Lia dan Arash ditemui pada majlis sambutan ualng tahun ke-17 Suria di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Berteka-Teki Situasi Hubungan

Dalam pada itu, pelantun lagu Kucu Kuca itu mengakui hubungannya bersama Arash kini masih baik biarpun enggan menjelaskan situasi terkini rumah tangga mereka.
“Tak kisah (orang bertanya), kami tak peduli sebab cukup kami sendiri dan keluarga tahu sama ada baik atau buruk kami.

“Tak ada masalah, kami okay saja, biar netizen bertanya-tanya.

“Kalau ia menjadi lebih melarat, kami akan katakan sesuatu, tapi buat masa ini tiada apa pun, okey saja,” ujarnya lagi.

Padam Gambar Di Instagram

Ditanya mengenai tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial, Lia berkata dia jarang berkongsi perihal peribadi untuk tontonan umum.
“Bagi saya sendiri, memang kita tak mahu post apa-apa, kami juga jarang kongsi tentang perhubungan sebelum ini.

“Sampai saya rasa tak mahu langsung kongsi, yang mana tahu, tahu lah.

“Banyak juga yang bertanya, kami cuma jawab okey saja, doa yang baik-baik, tutupnya.
Dalam perkembangan lain, Lia kini menjadi vokalis kumpulan Tree Hill dan baru sahaja melancarkan lagu berjudul Rasa bersama kumpulan itu.
Untuk rekod, Lia dan Arash mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dah Tak Rahsia Dah!" - Lia Aziz Kini Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024