,
Laman Utama

Letak Pasport Dalam Bagasi, Risteena Cemas Beg Tak Muncul-Muncul Setibanya Di Lapangan Terbang

Izwan Isa
01/12/2023
08:55 MYT
Pelakon Nur Risteena menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines kerana ‘menghilangkan’ bagasi miliknya.
Risteena menerusi kemas kini di Instagram berkata, dia menyedari tentang perkara itu selepas kesemua kakitangannya berjaya menuntut semula bagasi setibanya di lapangan terbang Senai, Johor.
“Kepada Malaysia Airlines, saya dah banyak bertolak ansur dengan servis kamu. Namun, kali ini sudah berlebihan. Kali ini apa alasan kamu? Kenapa bagasi saya boleh tiada? Tolong jawab. Sudah beratus kali saya telefon tetapi tiada jawapan. Ini bukan bahan lawak.
“Saya checked-in bagasi saya bersama kakitangan tetapi kenapa bagasi mereka ada, bagasi saya tiada? Pasport saya dalam bagasi dan saya perlu ke Singapura bagi menghadiri acara di sana. Boleh tak pihak kamu periksa status bagasi saya? Kenapa susah sangat nak periksa? Barang berharga dalam bagasi tu. Servis yang sangat teruk,” tulisnya.
Risteena menambah, dia sudah pun menempah kereta sewa untuk ke Singapura. Namun, disebabkan ketiadaan pasport, dia tidak boleh bergerak ke destinasi tepat pada waktunya.
“Paling teruk, Lapangan Terbang Senai tidak memberi sebarang status dan saya perlu tunggu sehingga petang. Adakah mereka menjangkakan saya perlu tunggu di lapangan terbang sehingga petang menunggu mereka periksa (status bagasi)?
“Kemudian, petang nanti baru boleh bagi jawapan status bagasi. Jika bagasi masih di Kuala Lumpur, baru mereka aturkan penerbangan seterusnya dan saya perlu tempah kereta sekali lagi dan baru saya boleh ke Singapura.
“Saya perlukan Penerbangan Malaysia bertanggungjawab atas kerugian dan perbelanjaan ketika isu ini berlaku,” katanya.

BERITA TRENDING: Sempena Hari Asyura, Isa Khan Bawa Risteena Ziarah Pusara Arwah Bapa - “Semoga Syurga Tempat Kita..."

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan Risteena meletakkan pasport dalam bagasi.
“Kenapa pasport masuk bagasi? Pasport macam kad pengenalan, perlu bawa ke mana-mana. Ketika saya di Amerika Syarikat untuk belajar, saya bawa pasport ke mana-mana, masuk dalam poket.
“Nasihat ini daripada kawan yang pernah belajar di luar negara. Polis di sana secara rawak akan memeriksa sesiapa yang mereka rasa mencurigakan, tidak kira lokal atau orang luar,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Hiburan

Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

gempak
20/08/2024
04:55 MYT
Tular di platform TikTok memaparkan beberapa artis wanita terkenal yang meniaga di Absolut Food Fest Singapura selama tiga hari.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.