,
Berita

Lesen Memandu, Kenderaan Boleh Diperbaharui Menerusi Aplikasi MyJPJ Bermula 1 Februari Ini

Awani
02/01/2024
14:55 MYT

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.

"Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.

"Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ," katanya ketika sidang media selepas melawat JPJ Selangor di sini hari ini.

Katanya, pembaharuan tersebut berdasarkan kepada kesediaan sistem pihaknya dan penerimaan orang awam yang positif.

Loke berkata bagi mengalakkan penggunaan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.

"Rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Feb sehingga 31 Dis 2024. Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ seperti Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad.

"Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, Kad MyKAS dan Kad MyPR," katanya.

Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, seramai 7.5 juta pengguna yang menggunakan aplikasi MyJPJ dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat tahun ini.

"Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan pada hari ini merupakan usaha MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan yang terbaik kepada rakyat.

"MOT dan JPJ juga sentiasa menghargai sokongan daripada pelbagai pihak dalam pelaksanaan pendigitalan. Saya menyeru supaya masyarakat bersama-sama kami untuk menjayakan pendigitalan JPJ,” katanya.

Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello - “Bukan Main Kau Posing Dengan Lesen P Tu Eh”

gempak
03/06/2024
02:55 MYT
Gadis cantik yang tular kerana gembira selepas mendapat keputusan ujian memandu baru-baru ini rupanya adalah anak kepada pengacara Aidid Marcello.
Berita

Nak Bawa Kereta Kawan Tapi Tiada e-LKM? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini Untuk Kongsi Road Tax Kenderaan Menerusi Aplikasi MyJPJ

gempak
05/01/2024
03:55 MYT
Mudah je guys
Laman Utama

“Pandemik, Tempat Belajar Tenggelam..” - Selepas Hampir 2 Tahun, Norman Hakim Bangga Anak Dapat Lesen Memandu

gempak
13/09/2022
10:50 MYT
Memandu hati-hati.
Laman Utama

Kementerian Pengangkutan Beri Kelonggaran, Mangsa Banjir Dikecualikan Bayaran Ganti Lesen Kenderaan

gempak
22/12/2021
03:40 MYT
Bencana banjir yang menimpa tentunya memberi pelbagai kesan dan mengganggu urusan harian mereka yang terkesan.
Laman Utama

Tak Perlu Pergi Kaunter Lagi Lepas Ni…Dah Boleh Renew Lesen Memandu Secara Online!

gempak
06/10/2020
04:30 MYT
Selepas ini tidak perlu lagi ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu kerana boleh dilakukan di rumah, pejabat atau mana-mana sahaja anda berada.