,
Laman Utama

Lesen DDNK Digantung Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Izwan Isa
13/10/2022
03:02 MYT
Sejak bulan awal bulan lalu, nama Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) menjadi sebutan netizen dan juga pengguna media sosial.
Selain majlis perkahwinan yang gilang gemilang dan jarak usia DDNK dengan isterinya, Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari sebanyak 22 tahun, pasangan tersebut turut menyorot perhatian selepas bekas isteri DDNK yang dikenali sebagai watie memberikan kenyataan di laman Facebook.
Ujarnya, dia hanya mendiamkan diri sebelum ini dan enggan memberi respon mengenai isu membabitkan dirinya dan bekas suami kerana mahu menceritakan hal sebenar yang berlaku di mahkamah sahaja.
Terbaharu, nama DDNK kembali menjadi sebutan apabila lesennya bagi pengurusan dana (fund management) telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Menerusi carian di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, lesen DDNK digantung selama enam bulan bermula 6 Oktober 2022.
Bagaimanapun, tiada sebab atau alasan dinyatakan kenapakah lesen DDNK digantung untuk tempoh berkenaan.
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

gempak
01/08/2024
18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.
Viral

"Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa

gempak
28/07/2024
00:55 MYT
"Kalau betul Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama-sama makan semeja," demkian kata-kata Leftenan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.
Berita

SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil

gempak
25/07/2024
14:25 MYT
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Viral

Gantung Diri Di Flyover, Lelaki Tinggalkan Surat Terakhir Dalam Bentuk GoogleDocs Untuk Tatapan Umum

gempak
29/06/2024
04:55 MYT
Perkongsian terakhir milik seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia dengan cara menggantungkan diri di flyover Cimindi, yang terletak di sempadan Kota Cimahi dan Kota Bandung, Jawa Barat, pada Jumaa menjadi sorotan warganet.
kaharkaplahighcouncil

Lovenya! Lesen High Council, Pas Eksklusif Nak Jadi Ahli High Council Universe

gempak
18/06/2024
16:36 MYT
Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council.