,
Berita

"Lepaskan Tangan Lari Tinggalkan Isteri.." - Fouziah Gous Kongsi Realiti Perangai Suami Lepas Dah Lama Kahwin

ZULHILMI JALIL
21/09/2020
06:48 MYT
Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh hari ini.
Sempena hari yang cukup bermakna itu, Fouziah turut memuat naik sebuah video khas yang didedikasikan buat suaminya, Datuk Mohd. Zhafran Md. Yusof.
Begitupun, dalam satu entri berasingan, Fouziah turut berkongsi ragam sebenar suaminya selepas sudah tujuh tahun hidup bersama.
Katanya, mungkin ramai yang menganggap bahawa suaminya itu menjadi seorang yang semakin romantik walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Begitupun, menerusi entri tersebut Fouziah memuat naik dua keping foto perbandingan yang memaparkan realiti sebenar 'perangai' suaminya.
"Mesti korang dapat rasa yang hubungan kami makin romantik, suami siap hulur tangan bila hujan turun. Sweet kan siap hulur tangan! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami (sindiran).
"Realiti selepas tujuh tahun, suami lepaskan tangan lari meninggalkan isteri untuk selamatkan diri! Tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah tujuh tahun. Sekian!," ceritanya sambil berseloroh.
Begitupun, posting tersebut kemudian turut mendapat perhatian suaminya yang menjelaskan situasi sebenar di ruangan komen.
"Sebenarnya, isteri saya ini lasak orangnya. Jadi saya fikir, jika saya memegang tangannya, boleh membantut dan perlahankan pergerakannya nanti.
"Jika dibiarkan, lebih bebas, mudah dan pantas pergerakannya," jelasnya.
Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan, 5, dan Zaheen Yusof yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.