,
Laman Utama

“Lepas Tengok Baru Tahu Maksud Sebenar Out Of Service Dekat ATM” - Ramai Puji One Cent Thief, Bukan Sekadar Drama Tapi Ada Info

Mya Amri
22/10/2022
12:31 MYT
Drama bersiri premium terbitan Astro Originals, One Cent Thief telah pun ditayangkan sejak 8 Oktober lalu.
Boleh dikatakan drama ini berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dan ternanti-nanti episod seterusnya.
Malah secara jujurnya ada penonton yang mengagumi perubahan drama tempatan ini selepas menonton episod pertama.
Ratanya mengatakan One Cent Thief ini bukan hanya sekadar drama sebaliknya memberikan info berguna kepada pelanggan bank.
Antara komen yang diberi penonton:
“Selepas tengok One Cent Thief ni barulah aku tahu maksud sebenar out of service yang ada dekat mesin ATM,”
“First time aku rasa best drama Melayu genre crime thriller One Cent Thief ni. Sangat menarik terutamanya bila part dia buat coding untuk curi satu sen. Korang patut tengok. Highly recommended,” tulis beberapa netizen.
Ingin tahu apa yang berlaku dalam episod keempat? Sama-sama kita nantikan.
Kalau nak tahu apa maksud Out Of Service di mesin ATM, anda boleh tonton episod pertama One Cent Thief DI SINI
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.
#AstroOriginals #OneCentThief #PekPremium1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

gempak
30/07/2024
13:25 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, mendedahkan bahawa watak gengster yang dibawakan di dalam siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change mempunyai nilai tersendiri.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Astro Originals - i.D

gempak
06/02/2024
09:29 MYT
Hiburan

Gamers Mangkuk: Rupanya Amir Ahnaf Pun Terjebak Main Game - “Dapat Skrip, Baca, Terus Download Mobile Legend”

gempak
19/01/2024
09:01 MYT
Amir Ahnaf pun terjebak dengan game guys.