,
Laman Utama

“Lepas Tarawih Boleh Kopi & Ngeteh” - PM Umum SOP Baru, Ramai Tak Sabar Solat Berjemaah Rapatkan Saf

Hanafis Haris
08/03/2022
14:31 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19, mulai 1 April ini.

Menerusi satu sidang media berlangsung sebentar tadi, Ismail menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Susulan itu, terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah diubah dan dilonggarkan.

Berikut merupakan SOP yang diumumkan tadi.

  1. Bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

  2. Had waktu operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Premis boleh melaksanakan waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis dan ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan atau restoran selepas jam 12 tengah malam.

  3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi dikecualikan untuk kawasan terbuka yang tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

  4. Aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau dan rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial.

  5. Ujian pengesanan COVID-19 mengikuti tatacara National Testing Strategy

  6. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis

  7. Keperluan vaksinasi: Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan & rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi

  8. Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM

Sementara itu, tinjauan Gempak di media sosial mendapati kebanyakan netizen gembira dengan SOP dan kelonggaran terbaru ini.

Selain kedai makanan yang boleh beroperasi 24 jam, solat berjemaah tanpa penjarakan juga antara paling dinantikan.

“Rasa nak nangis akhirnya boleh rapatkan saf”.

“Tak sabar nak solat jemaah, lepas tarawih boleh lepak kopi ngeteh”.

“Alhamdulillah, syukur SOP baru, patut kedai makan tu lama dah buat,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.