,
Laman Utama

Lepas Geram, Cham Dedah Sikap Sebenar Zaf – “Dia Minta Bayaran…”

Asyikin Mayudin
06/12/2022
09:50 MYT
Selain meminta ahli V.E menarik diri menyertai Gegar Vaganza 9 (GV9) saat-saat akhir, Cham turut mendedahkan Zaf mahu menukar pengurusan yang selama ini sudah lama menguruskan mereka.
Malah, Cham turut mendakwa Zaf juga ada menghubungi dan meminta pihak Astro untuk menukar nama penerima bayaran konsert mingguan kepadanya.
“Dia ada cakap masa GV tak nak kacau dari segi pemilihan lagu dan sebagainya tapi dia minta nak tukar pengurusan. Kami memang dah ada management yang dah lama menguruskan kami.
“Lepas itu, tiba-tiba dia nak tukar dengan orang yang kami tak kenal. Tapi kami tegaskan kami tak nak. Kemudian kami berbincang dan sepatutnya perkara itu dah selesai.
“Tapi selepas itu, saya dapat panggilan daripada pihak Astro yang memaklumkan Zaf ada hubungi mereka untuk minta tukar nama penerima bayaran (konsert mingguan) kepada namanya.
“Memang kami pelik la kenapa tiba-tiba nak kena masuk akaun dia pula. Nasib baik pihak Astro beritahu. Saya tak cerita benda ini tapi rasa geram dengan dia,” ujarnya.
Terdahulu, Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada V.E selepas Zaf membangkitkan isu nama kumpulan tersebut.
Zaf yang mendakwa dirinya sebagai ketua kumpulan memberi saranan agar anggota yang menggunakan nama terbabit dalam GV9 supaya bergerak dengan menggunakan nama baharu.
Menurutnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Nak Beli Susu Anak Kena Korek Duit…”- Lah Ahmad Dedah Pernah Diuji Selepas Undur Diri Dari VE

gempak
07/03/2023
12:42 MYT
Lah Ahmad Dedah Pernah Diuji Selepas Undur Dari VE
Laman Utama

Kemelut Kumpulan V.E, Ini Komen Cat Farish - “Ruffedge Pun Ada Gaduh Tapi Kami…”

gempak
09/12/2022
13:55 MYT
Ada betul cakap Cat tu...
Laman Utama

“Zaf Ajak Masuk GV9, Tapi Dia Pula Suruh Kami Tarik Diri Saat Akhir Sebab…” - Cham

gempak
05/12/2022
23:55 MYT
Ouh rupa-rupanya Zaf tarik diri saat-saat akhir.
Laman Utama

Tiada Lagi ‘V.E’ GV9, Adeep Nahar Sebak Sahabat Sendiri Bangkitkan Isu Nama Kumpulan

gempak
05/12/2022
10:00 MYT
V.E tampil menjelaskan mengenai isu nama kumpulan.
Laman Utama

"Saya Tak Akan Benar Mereka Guna Nama VE! VE Is VE" - Zaf Mohon VE GV9 Tukar Nama Baru

gempak
01/12/2022
23:44 MYT
Zaf Mohon VE GV9 Tukar Nama Baru