gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Eda Ezrin Sedang Merintih, Kurus Di Dalam Penjara" - Bapa Sedih, Tahanan Dilanjutkan
HIBURAN
Aina Abdul & Fadhilah Intan Bersatu Dalam Arah Cinta Sejati - “Lagu Ini Menjadi Permulaan Kepada..”
HIBURAN
Ben Amir Dedah Mahu Ceburi Dunia Lakonan Di Filipina - “Saya Ada Berjumpa Dengan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33

gempak
Gempak
06/06/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33
Dalam suasana kehidupan yang semakin tertekan, segelintir wanita muda di China kini sanggup membayar 50 yuan (RM33) untuk pelukan selama lima minit daripada lelaki yang dikenali sebagai ‘man mum’.

Pelukan lima minit

Fenomena ‘man mum’ pada asalnya merujuk kepada lelaki berbadan perkasa yang gemar ke gimnasium.
Namun, istilah itu kini digunakan untuk menggambarkan lelaki yang bukan sahaja tegap secara fizikal, malah memiliki sifat penyayang, sabar dan lemah lembut iaitu ciri-ciri yang dianggap keibuan.
Seorang pelajar universiti yang tertekan dengan tugasan tesis baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila meluahkan hasrat untuk membayar pelukan daripada ‘man mum’.

“Saya pernah dipeluk sekali sewaktu sekolah menengah, dan waktu itu saya rasa sangat selamat. Kita hanya perlu peluk lima minit di stesen kereta bawah tanah,” tulisnya dalam satu hantaran.

Hantaran tersebut menjadi tular, menerima lebih 100,000 komen dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna platform digital.
Carian kata kunci ‘man mum’ turut memperlihatkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan pelukan berbayar, khususnya dalam kalangan wanita di bandar-bandar besar.
Wanita-wanita ini biasanya memilih ‘man mum’ berdasarkan adab, kesabaran, bentuk tubuh dan rupa paras.
Perbualan awal secara peribadi juga diadakan sebelum pertemuan berlangsung. Malah, wanita berbadan tinggi dan atletik juga tidak terkecuali daripada dipilih sebagai ‘man mum’.
Sesi pelukan ini lazimnya diadakan di kawasan awam seperti stesen kereta api bawah tanah atau pusat membeli-belah, dengan bayaran antara 20 hingga 50 yuan (RM13 hingga RM33).
Seorang wanita berkongsi pengalamannya selepas bekerja lebih masa selama tiga jam, lalu memutuskan untuk mendapatkan pelukan.
“Lelaki itu menepuk bahu saya dengan lembut ketika saya melepaskan tekanan tentang bos saya,” katanya.
Bagi sesetengah lelaki, menjadi ‘man mum’ membawa makna tersendiri.
Seorang daripada mereka mengakui telah memberi tiga pelukan dan merasa dirinya lebih dihargai.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Peluk
#Man Mum
#Pelukan
#Tawaran Pelukan
Must-Watch Video