,
Laman Utama

Lelaki Paling Kacak Dunia 2021 Dibebaskan Dari Penjara, Dapat Pengampunan Junta Myanmar

Amri Hassan
05/03/2022
08:30 MYT
Junta Myanmar membebaskan seorang model dan penyanyi yang menyokong protes prodemokrasi membantah rampasan kuasa tentera pada awal tahun lalu.
Paing Takhon, 25, juga pelakon dilaporkan bergerak secara aktif semasa tunjuk perasaan besar-besaran selain mempromosikan bantahan itu di media sosial.
Takhon ditahan semasa satu serbuan pada waktu subuh di rumah ibunya di Yangon pada April dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun pada Disember lalu.
Pada Rabu, dia menerima pengampunan dari junta dan dibebaskan serta selamat tiba di rumahnya pada hari sama, menurut peguamnya memberitahu AFP.
Junta turut mengesahkan pembebasannya bersama pelakon-pelakon lain antaranya Lu Min, Pyi Ti Oo dan Eaindra Kyaw Zin.
Namun, junta tidak memberikan maklumat lanjut mengenai pembebasannya itu.
Untuk rekod Takhon pernah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2021.
BACA: Paing Takhon Yang Dinobat Lelaki Paling Kacak Di Dunia Kini Meringkuk Dalam Penjara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar