,
Laman Utama

Lelaki Ngaku Tiru Watak Joker! Simbah Asid, Tikam Orang Ramai & Bakar Gerabak Kereta Api

Awani
02/11/2021
13:12 MYT
Suspek dalam insiden serangan kereta api ekspres di Tokyo, Kyota Hattori mengaku meniru watak "Joker", penjahat dalam siri buku komik dan musuh Batman, dalam kejadian pada malam halloween.
Sekurang-kurangnya 17 cedera dalam kejadian itu di mana seorang lelaki warga emas kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pada Ahad, polis Tokyo menahan seorang pemuda yang mengacukan pisau ke arah penumpang di dalam kereta api berkenaan dan kemudian menyimbah bahan mudah terbakar.
Lelaki itu juga dilaporkan telah menyembur asid hidroklorik di dalam sebuah kereta.
Menurut Kyodo News, penyerang memberitahu penyiasat bahawa dia cuba berpakaian seperti Joker yang memakai sut ungu dalam komik.
Suspek juga berhasrat untuk mencipta semula adegan filem Joker 2019.
Dua jam sebelum melakukan jenayah itu, Hattori melawat wad Shibuya, tempat halloween disambut secara meluas sebelum pandemik COVID-19.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.