,
Viral

Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!

Umirah Halim
09/03/2024
15:00 MYT
Seorang lelaki mendedahkan dia telah mengaut keuntungan sebanyak RM30,000 dalam sehari ketika menawarkan khidmat pengangkutan untuk pelanggan.
Menerusi temubual oleh BFM radio, pemuda yang dikenali sebagai Amirul Sufi, penganjur bagi persiaran konsert memaklumkan dia telah mengaut keuntungan sekitar RM25,000 ke RM30,000 dalam masa sehari ketika membuat khidmat penghantaran rombongan peminat Taylor Swift ke konsertnya di Singapura baru-baru ini.
?? Bu$y Finding Modal - Episode 8 pic.twitter.com/aGmNfiVEQK— BFM89.9 (@BFMradio) March 9, 2024 “Saya memang penganjur untuk pengangkutan Eras Tour bukan setakat konsert ini sahaja event lain seperti di Singapura, Johor pun saya buat.
“Kita boleh uruskan untuk bawa peminat.
“Kalau untuk konsert Eras Tour ini lebih kurang daripada RM25,000 ke RM30,000 sehari.
“Tapi bergantung kepada permintaan orang ramai, kalau ramai demand kita boleh tambah lagi bas.
“Kalau untuk konsert ini saya hanya perlu bayar RM12,000 untuk kos operasi 4 bas,” ujarnya. Dalam pada itu, dia turut sempat berkongsi bahawa perniagaannya itu memerlukan modal yang agak tinggi sebelum mendapat pulangan seperti itu.
“Dia memerlukan modal yang besar la untuk permulaan sebab kita nak tanam deposit dulu sebab bas sekali nak isi minyak RM900.
“Lagi banyak bas lagi banyak la kos perlu keluarkan dahulu contoh nya macam kita nak bayar driver, maintenance bas.
“Tapi paling penting adalah value customer service saya la sebab tanpa customer kita tak boleh nak dapat pelanggan,” tambahnya lagi.
Sumber: BFM Radio

Berita Trending: Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

Berita Trending: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

gempak
25/07/2024
12:55 MYT
Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.
Terkini

Diberi Gelaran ‘Tailor Gila’, Wanita Ini Raih Ratusan Ribu Ringgit Hanya Dengan Menjahit Baju

gempak
12/04/2024
08:55 MYT
Menyedari ramai pelanggan terkesan dengan keadaan ekonomi negara ketika ini, seorang tukang jahit di Kompleks Bukit Jambul, Georgetown, Pulau Pinang mengambil pendekatan menjual baju kanak-kanak dengan harga murah.
Berita

Astro Catat Keuntungan RM44 Juta Pada Suku Keempat 2024!

gempak
23/03/2024
09:21 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Laman Utama

Pulau Kaut RM700,000, Pecah Rekod Filem Seram Malaysia Di Kemboja!

gempak
25/07/2023
12:31 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Meghan Markle & Pangeran Harry Curhat soal Warna Kulit sehingga Menikah Awal, Ini Keuntungan yang dikutip Oprah

gempak
10/03/2021
03:52 MYT