,
Berita

Lelaki Dipercayai Mabuk Maut Gara-Gara Leher Tersepit Di Pintu ‘Shutter’ Bank

Gempak
02/01/2024
07:36 MYT
Seorang lelaki tanpa identiti ditemui maut di hadapan pintu masuk ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah cawangan bank di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat orang awam berhubung seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.29 pagi.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia sekitar 50 ke 60-an itu berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam, semalam.
"Pada 12.01 tengah malam, pintu 'shutter' (gelangsar) ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kecederaan lain.
"Pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini.
"Siasatan dijalankan sebagai kematian mengejut (Sudden Death Report) dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512," katanya.
Terdahulu tular beberapa gambar yang memaparkan seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia terbaring di hadapan sebuah bank di Kota Kemuning.
Sumber: BH Online, Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Berita

Wang Dalam Akaun Hilang Babitkan Kerugian RM24.2 Juta, Polis Tahan Kakitangan Bank

gempak
18/06/2024
06:24 MYT
Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Viral

"Betul Rumah Dilelong, Saya Gembira Di Australia" - Sajat

gempak
30/03/2024
05:41 MYT
Nur Sajat mengakui salah satu asetnya di Malaysia iaitu sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan.
Terkini

Bapa Berjawatan Tinggi Di Bank Terima Bonus Hampir RM400K, Anak Akui Berbaloi - “Tidur Pun Tak Cukup”

gempak
25/03/2024
07:55 MYT
Menerusi platform NGL, individu tersebut mengakui yang ayahnya yang merupakan individu berjawatan tinggi di bank menerima bayaran bonus hampir RM400,000.
Hiburan

Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Clamp, Netizen Kata Salah Tetap Salah - "Bagus Penguatkuasa Tak Pilih Bulu, Tetap Saman Walau Artis"

gempak
07/02/2024
05:15 MYT
Pelakon Lana Nodin hilang sabar apabila kenderaan miliknya dikunci tayar oleh penguatkuasa yang bertugas baru-baru ini.