,
Berita

Lelaki Buta Mata Selepas Tampar Lalat Hinggap Di Muka

Gempak
27/07/2024
07:50 MYT
Seorang lelaki di China telah buta sebelah mata selepas menampar seekor lalat dikenali sebagai dry fly yang hinggap di mukanya baru-baru ini, lapor South China Morning Post.

Buta mata kiri terkena jangkitan

Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu semasa ia sedang berlegar-legar di atas kepalanya.
Selepas menampar serangga itu, mata kirinya tiba-tiba menjadi merah sebelum bengkak di sekeliling kelopak matanya.
Semasa mendapatkan rawatan lanjut, akhirnya doktor mengesahkan Wu dijangkiti konjuktivitis atau radang mata bermusim.

BERITA TRENDING: Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool &

​BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan

​BERITA TRENDING: Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

​BERITA TRENDING: Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

Walaupun mengambil ubat seperti disarankan doktor, keadaannya tidak berubah dan penglihatannya semakin merosot teruk.
Doktor yang melakukan pemeriksaan lanjut mendapati kawasan di bahagian dalam mata Wu telah mengalami ulser dan tiada ubat dapat menyembuhkankanya kecuali terpaksa membuang mata tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, Wu berkemungkinan terkena 'racun' dari serangga kecil yang hidup di dalam air longkang kotor.

Jadi, lalat tersebut didapati membawa kuman sehingga menjejaskan mata Wu dan terpaksa dibuang.
Selepas kejadian yang jarang berlaku itu, doktor menasihatkan orang ramai supaya tidak menampar atau memukul serangga yang berlegar-legar di bahagian sensitif penting seperti mata dan telinga.
Jika berlaku, mereka dinasihatkan menanggalkan serangga perlahan-lahan dan kemudian mencuci bahagian tersebut dengan air bersih atau larutan air garam.
Sumber: Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.