,
Viral

Lelaki Berbangsa Cina Ambil 3 Orang Anak Angkat Melayu - “ Saya Ikhlas Menjaga Mereka Seperti Anak Sendiri”

Firdaus
27/05/2024
07:55 MYT
Sifat kasih sayang tidak mengenal erti warna kulit atau agama. Itulah yang dapat dikatakan tentang seorang lelaki berbangsa Cina yang menjaga tiga orang adik-beradik berbangsa Melayu selepas kematian ibu bapa mereka.
Difahamkan, pada umur 12 tahun, Rafei Ahmad Fauzi dan dua orang lagi adik-beradiknya, Rasyid dan Abdul Rahman dihantar ke rumah anak-anak yatim selepas pemergian ibu bapa mereka.

Ambil Anak Angkat Berbangsa Melayu

Ketiga-tiga orang adik beradik itu bertuah apabila mereka dipertemukan dengan lelaki berketurunan Tionghoa yang dikenali sebagai Michael Tong Wai Siong, 55, yang mengambil mereka sebagai anak angkat 16 tahun lepas.
“Rafei dan dua adiknya dihantar ke rumah anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia (selang sebulan dalam tahun sama).
“Umi (pengurus rumah anak yatim di Gombak) mengadu mengenai Rafei yang tidak mahu bersekolah.
“Saya kemudian pergi ke sekolah jumpa cikgu dan bercakap dengan Rafei, barulah saya tahu dia ada masalah pelajaran.
"Jadi saya ambil dia setiap pagi hantar ke sekolah dan waktu pulang, pekerja saya akan ambil dan hantarnya ke pusat tuisyen sebelum saya jemput bawa pulang ke asrama rumah anak yatim.
"Keadaan itu berulang agak lama sebelum diberi cadangan untuk Rafei tinggal bersama saya bagi memudahkan saya dan dia juga mahu tinggal bersama," katanya.

"Ketiga-tiga anak mempunyai kenakalan masing-masing...

Bercerita lebih lanjut tentang cabaran yang dihadapi sebagai seorang ayah yang membesarkan tiga orang anak angkat tanpa isteri di sisi, Michael mengakui pada awalnya agak sukar kerana perlu menghadapi kerenah yang pelbagai oleh ketiga-tiga beradik itu.
"Ketiga-tiga anak mempunyai kenakalan masing-masing tetapi mereka tetap anak yang baik.
"Mereka tidak panggil saya ayah kerana saya sendiri yang mahu mereka kekal panggil Uncle Mike kerana bagi saya, panggilan itu tidak penting, yang penting saya ikhlas menjaga mereka seperti anak sendiri.
"Saya masih ingat ketika mereka kecil, saya akan bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan sarapan. Teguran, bebelan dan marah itu biasa kerana saya sayang dan mahu mereka menjadi orang berguna," kongsinya.

BERITA TRENDING: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

Sekadar info, Michael masih belum berkahwin sehingga kini dan menyatakan bahawa dirinya tidak berasa kesunyian kerana kehadiran tiga anak lelakinya.
Hidup Michael bertambah bahagia apabila dia dikurniakan dua orang cucu hasil perkahwinan Rafei.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar