,
Viral

Lelaki ‘Acah’ Pelanggan Kantoi Curi Telefon Bertekak Dengan Orang Ramai Sebab Nak Lepaskan Diri

Firdaus
22/03/2024
03:55 MYT
Taktik seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dan mencuri telefon pintar pekerja sebuah kedai serbaneka berhampiran Pekan Sungai Besi, Selangor pada Selasa membawa padah apabila kegiatannya diketahui umum.
Video kejadian itu turut tular menerusi media sosial pada Rabu menunjukkan suspek cuba melarikan diri sambil dikelilingi orang awam.

BERITA TRENDING: Netizen Geram Perangai Warga Asing Berjoli Pakai Kad Debit Orang Tercicir - "Kalau Aku Kena Memang Hantar…

Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.45 malam itu berlaku apabila lelaki tersebut kononnya datang ke kedai berkenaan untuk membeli barang.
"Semasa pekerja kedai berkenaan mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak mengambil dan membawa lari telefon pintar yang sedang dicaj di atas meja.
"Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.
Suspek berusia 39 tahun ini terjatuh ketika melarikan diri dengan telefon yang dicuri dari sebuah kedai.
Dia telah ditahan reman selama tiga hari.
Apa yang menari perhatian ialah dia sempat… pic.twitter.com/E3gKGiliza— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 21, 2024Sementara itu, Zam menjelaskan bahawa suspek yang berusia 39 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Suspek juga direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Zam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.
Sumber: Harian Metro/Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.