,
Berita

Lebih Manja, Kiky Penghibur Hati Najib

Amri Hassan
20/05/2018
06:16 MYT
Sejak kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian, mungkin hanya salah satu penghuninya yang digelar Kiky kurang merasai tekanan.
Meninjau ke dalam kediaman itu, MalayMail melaporkan, rumah itu dipenuhi dengan kotak dan bagasi yang kelihatannya di bawa dari Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.
Kotak-kotak itu tersusun rapi hampir mencecah siling manakala pembantu rumahnya pula sibuk melayani tetamu yang tidak putus-putus berkunjung untuk melawat tuan rumahnya itu.
Namun, satu-satunya penghuni yang kelihatan kurang terkejut dengan apa yang sedang berlaku ialah kucing Parsi kesayangan keluarga Najib yang dinamakan Kiky.
Dengan mengabaikan kehadiran orang ramai, Kiky terus berjalan ke arah Najib sambil mengesel-geselkan tubuhnya.
Sambil ketawa Najib berkata, Kiky adalah kucing paling pemalas dalam dunia.
Ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri, Najib sering kali berkongsi kemanjaan Kiky di media sosial malah kucingnya itu merupakan antara kucing popular dikalangan peminat kucing.
Pada 2010, Najib mengalu-alukan cadangan nama bagi kucingnya itu menerusi sebuah laman blog.
Kini, Kiky bakal mendapat perhatian penuh dari tuannya.
Sumber: Sinar Harian Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.
Viral

"Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

gempak
27/08/2024
21:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah terkena jangkitan kuman pada bahagian lengan akibat digigit seekor kucing.