,
Laman Utama

Lebih 3 Juta Kenderaan Dijangka Masuk 2 Lebuhraya Ke Pantai Timur!

Awani
16/04/2023
15:30 MYT
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad (ANIH) menjangkakan lebih 3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Susulan itu, ANIH menjangkakan jumlah trafik ke Pantai Timur akan mengalami peningkatan bermula 19 hingga 21 April 2023.
Manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur pula dijangka bermula dari 24 April dan 30 April sehingga 1 Mei 2023.
Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH, Radzimah Mohd Radzi, pengguna lebuh raya sudah pasti akan mengambil peluang cuti yang panjang ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga di kampung dan menziarahi sahabat handai.
"Pihak kami berharap agar pengguna lebuh raya merancang perjalanan di musim perayaan dan percutian ini, memandangkan jangkaan aliran trafik meningkat semasa musim perayaan kepada lebih 3 juta kenderaan di KLK dan LPT1.
"Kami akan membuat edaran TTA di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong pada 16 April ini selain membuat hantaran di laman sosial ANIH Berhad sebagai rujukan pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, ANIH komited dalam mempertingkatkan usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini, termasuklah dengan menambah sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongannya di plaza tol.
Pada masa sama pihaknya akan menempatkan seramai lebih 140 anggota RELA di beberapa kawasan strategik di sepanjang lebuh raya disamping meningkatkan jumlah pekerja pasukan rondaan LPT dan trafik sebanyak 20 peratus dan memperbanyakkan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh tersebut.
Sebelum memulakan perjalanan, pengguna diingat agar memastikan baki e-Wallet dan kad Touch 'n Go mencukupi demi mengelakkan sebarang masalah berkaitan baki tidak mencukupi ketika di plaza tol.
Sumber Awani Foto: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.