,
Laman Utama

“Lazarul Kecundang Kerana…”- Akui Finalis ATNM2 Terbaik, Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri

Syafiqah Jalal
08/02/2023
08:49 MYT
Kapten juri untuk program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) iaitu Datuk Syafinaz Selamat akui berpuas hati dengan keseluruhan program berkenaan selama sembilan minggu berlangsung.
Syafinaz memberitahu persaingan sengit dari peserta sejak minggu pertama hingga ke pentas akhir ATNM2 pada Ahad lalu.
“Secara keseluruhan saya melihat momentumnya ada pasang surut. Ada kala peserta yang datang sangat sengit..Ada kala saya melihat seperti masih peringkat audition.
“Bagaimana pun saya sangat gembira dengan tiga orang finalis kali ini kerana mereka memberi persaingan sengit.
“Lazarul kecundang kerana bagi saya pemilihan lagu yang salah disaat akhir iaitu ketika di psuingan Sing-Off,” katanya kepada Gempak.
Syafinaz ditemui selepas tamat rakaman program pentas akhir ATNM2 yang mana menyaksikan Khairul Nizam atau Kroll dinobatkan juara untuk musim kali ini.
Kroll yang mengaut RM50,000 menewaskan Jasper dan Lazarul dalam pusingan Sing-Off di pentas akhir ATNM2 yang lalu.
Pun begitu, Syafinaz akui ketiga-tiga finalis adalah yang terbaik dan yang menentukan juara ketika persembahan akhir mereka di pusingan Sing-Off.
“Saya rasa Jasper telah menunjukkan yang terbaik dan dia buktikkan apa yang dia boleh buat di saat-saat akhir dan saya sangat gembira dengan dia.
“Sementara Kroll pula dia konsisten sejak pusingan pertama dia sudah berjaya dapat 100 markah dan bila di peringkat akhir pun dia dapat menawan hati juri untuk mengundi.
“Macam saya cakap saya tak kisah siapa yang akan menang tapi yang penting tiga finalis ini pilihan yang tepat. Ketiga-tiga mereka bagus Cuma mungkin ada kurang sedikit dari segi pemilihan lagu dan sebagainya.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.