gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!
HIBURAN
Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Bapa Buat Sharnaaz Ahmad Penuh Makna - “Terima Kasih Kerana Tak Pernah Hilang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

SUKAN

Layak Ke Piala Dunia 2026, Pasukan Bola sepak Uzbekistan Dapat Kereta BYD

gempak
Maliah Surip
15/06/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Layak Ke Piala Dunia 2026, Pasukan Bola sepak Uzbekistan Dapat Kereta BYD
Pemerintah Uzbekistan punya cara tersendiri meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara yang layak ke Piala Dunia 2026.
Setiap seorang daripada pemain termasuk jurulatih telah menerima sebuah kenderaan elektronik terkenal dari China, BYD. Lebih menarik, Presiden Shavkat Mirziyoyev menyediakan kenderaan berwarna hitam tersebut di tepi padang sebagai pembakar semangat kepada pasukan bola sepak negara itu.
Sebanyak 40 kenderaan telah disediakan dengan dianggarkan bernilai RM245,000 setiap satu.
“Semua kenderaan yang bakal menjadi habuan telah disediakan di tepi padang. Jika menang dan layak ke Piala Dunia 2026, ambil kunci dan bawa pulang kereta,” demikian mesej yang disampaikan Shavkat seperti dilaporkan en.nogomania.
Uzbekistan menewaskan Qatar dengan 3-0 menerusi pusiangan kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Tashkent.
Piala Dunia FIFA 2026 akan dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai. Ini merupakan kali pertama 48 pasukan kebangsaan akan bertanding mewakili enam konfederasi bola sepak dunia.
Topic Berkaitan
#Bola Sepak
#Piala Dunia
#Kereta
#Uzbekistan
#BYD
Must-Watch Video