,
Hiburan

Laudya Cynthia Bella Didakwa Jadi Isteri Ketiga Ustaz Terkenal Indonesia?

Maliah Surip
28/07/2024
07:30 MYT
Nama pelakon cantik Laudya Cynthia Bella sedang menjadi bualan hangat peminat di Indonesia selepas didakwa telah mengakhiri zaman janda dengan seorang ustaz.
Janda Engku Emran itu malah didakwa menjadi isteri ketiga kepada Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri seperti dilaporkan banyak portal gosip di Indonesia termasuk salah satunya dari akaun Instagram @lambe_turah.
Dalam akaun gosip tersebut membawa berita Laudya Cynthia Bella dikhabarkan menikah dengan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri yang juga seorang penceramah bebas pada pagi 28 Julai 2024.
Malah ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaku sebagai keluarga ustaz tersebut mengesahkan mereka telah berkahwin.
“Hari ini tersiar khabar bahawa LCB menikah dengan salah satu ustaz bermanhaj Salaf yakni Ustaz Nuzul Dzikri hafidzahullah," bunyi keterangan dalam Facebook Sulhidayah Syam.
Dan sewaktu ditanya mengenai kebenarannya, pemilik akaun tersebut menjawab: “InsyaAllah sahih.”
Namun ramai yang sangsi dengan khabar tersebut memandangkan Bella dan Ustaz Nuzul belum memberi kenyataan rasmi menafikan atau mengesahkan berita perkahwinan mereka.
Bintang Buya Hamka tersebut pernah berkahwin dengan duda Erra Fazira pada 2017 dan bercerai pada 2020.
Sementara Ustaz Nuzul sudah berpoligami dengan isteri keduanya merupakan seorang pereka busana bernama Norma Hauri.

BERITA TRENDING: “Saya Ingin Berjaya Dunia Akhirat”- Lepas Gosip Kahwin Lelaki Dubai, Laudya Cynthia Bella Mahu Bersara?

BERITA TRENDING: Video Nikah Tular, Laudya Cynthia Bella Nafi Kahwin Dengan Putera Dubai - “Semoga Kita Terhindar Dari Fitnah”

BERITA TRENDING: Laudya Cynthia Bella ‘Puasa’ Main Instagram

BERITA TRENDING: “Betul Berkesan Taktik Dia”- Pernah Bawa Laudya Cynthia Bella & Noor Nabila Naik Belon Panas, Netizen Nak Tiru Cara Engku Emran

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.