,
Laman Utama

Lata Mangeshkar Meninggal Dunia…

Izwan Isa
06/02/2022
05:57 MYT
Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar, 92, meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital di Mumbai, India pada Januari lalu akibat jangkitan COVID-19.
Memetik laporan portal berita BBC, Menteri Wilayah, Nitin Gadkri mengesahkan berita berkenaan pada Ahad.
Berita pemergian Lata disambut duka oleh ramai orang, termasuk presiden Indian, Ram Nath Kovind. “Pemergian Lata mendukacitakan hati saya dan juga jutaan di luar sana. Generasi demi generasi bertemu dengan ekspresi emosi dalaman mereka menerusi rangkaian lagu-lagu nyanyiannya yang memperlihatkan kecantikan India. Kejayaan Lata akan tidak akan dapat ditandingi.
“Lata merupakan seorang individu yang menakjubkan, sentiasa hangat setiap kali saya berjumpa dengannya. Suaranya mungkin telah pergi selamanya, tetapi melodinya akan kekal abadi, selamanya. Salam takziah buat keluarga dan peminatnya,” ujar beliau di Twitter.
Lata dilahirkan di Indore, India pada 28 September 1929. Sejak usia lima tahun, dia mula belajar muzik daripada ayahnya, Deenath Mangheskar yang merupakan penggiat teater.
Selepas kematian ayahnya, dia dan keluarga berpindah ke Mumbai dan memulakan karier nyanyian menerusi filem-filem Marathi.
Dia juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem untuk menyara keluarganya. Namun, hatinya bukan dalam bidang lakonan. Ujar Lata, dia lebih gembira apabila menyanyi.
Namanya mula dikenali pada 1949 menerusi lagu Aayega Aanewala yang dipetik daripada filem Mahal.
Sepanjang hayatnya Lata telah merakamkan lebih 30,000 buah lagu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.