,
Laman Utama

Laporan Psikiatri Sahkan Yasin Ada Bipolar Disoder Dan Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

Gempak
06/07/2023
09:30 MYT
Penyanyi, Muhammad Yasin Sulaiman disahkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak mempunyai penyakit bipolar disorder dan hyperthyroidism.
Selain itu turut disahkan, Yasin tidak waras ketika melakukan kesalahan kes dadah, pada Mac tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan perkara itu ketika membaca laporan hospital berhubung keadaan mental Yasin semasa prosiding kes di hadapan Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad.
Ahmad Zuhaini berkata, terdapat tiga kesimpulan bahawa, tertuduh menghidap penyakit kecelarusan efektif atau bipolar disorder dan 'hyperthyroidism'.
"Tertuduh didapati tidak waras ketika kejadian namun kini, keadaan mentalnya bertambah baik, maka dia layak untuk dibicarakan serta mampu untuk membela diri.
"Ini merupakan perkembangan baharu, jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes, bagi mendapatkan arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili penyanyi berusia 48 tahun itu berkata, susulan laporan kesihatan tersebut, pihak pembelaan percaya perbicaraan kes boleh diteruskan seperti mana yang ditetapkan ketika prosiding lalu.
"Kami juga memohon suatu perintah dapat dikeluarkan iaitu pesakit ini dihantar semula ke hospital untuk diubati sehingga disahkan sihat oleh pihak perubatan.
"Kami tidak membantah permohonan pasukan pendakwaan untuk mendapatkan arahan AGC tetapi bagi menjimat masa, kami cadang tarikh perbicaraan ditetapkan," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nik Nasimah menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos depan manakala perbicaraan kes 28 dan 29 bulan sama.
Dalam prosiding 8 Mei lalu, Nik Nasimah memerintah penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' itu dihantar ke hospital bahagia selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi ini dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.