,
Laman Utama

Langgar SOP PKPB: Mahkamah Kekal Keputusan Melepas Tanpa Membebaskan Neelofa & Haris

Fiza Kamarudin
21/12/2021
23:25 MYT
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail kekal dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Sebelum itu pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang anak guamnya telah menyelesaikan tiga bayaran kompaun yang masing-masing bernilai RM10,000.
"Jadi saya mohon supaya perintah DNAA itu ditukar kepada dilepaskan dan dibebaskan (DNA)," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memberitahu, beliau tidak ada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.
Sementara itu Neelofa yang hadir ke mahkamah hanya menggelengkan kepala ketika ditanya pemberita sama ada mahu memberikan ulasan terhadap keputusan mahkamah itu.
Pada 1 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan mahkamah melepas tanpa membebaskan pasangan selebriti terbabit atas pertuduhan disabitkan terhadap mereka dan menetapkan 21 Disember bagi membuat keputusan membebaskan kedua-duanya.
Sebelum itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melanggar SOP PKPB pada 20 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.