,
Hiburan

“Lamo Weh Nok Tunggu, Kawe Pulop Hok Debar” - Excited! Peminat Dah Tak Keruan Nak Tengok Mael Totey The Movie

Hanafis Haris
20/10/2020
05:31 MYT
Masih tinggal dua hari sebelum tarikh tayangan Mael Totey The Movie (MTTM), peminat dilihat tidak sabar menantikan filem pertama arahan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli.
Menerusi pemantauan Gempak di akaun Instagram Syahmi, hampir kesemua yang memberi komen teruja untuk menantikan MTTM.
“Tak sabar rasanya, dua hari lambat, kalau hari ni keluar tak boleh ke?,” kata seorang peminatnya.
“Mie (Syahmi) pukul 12 malam aku akan tengok MTTM,” kata seorang lagi peminat.
“Sekali kelih (tengok) macam pelakon Hollywood je, tak sabar, bila ni?,” kata seorang pengguna di Instagram.
Selain teruja menantikan tarikh tayangan, ramai juga yang bertanyakan sama ada ia boleh dilihat menerusi telefon pintar atau tidak.
Untuk makluman, MTTM akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.
Disebabkan ia ditayangkan di Astro, peminat boleh melanggan dan menonton MTTM menerusi aplikasi Astro Go di peranti mudah alih anda.
Pada yang tertanya-tanya, MTTM sebenarnya mengisahkan tentang seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Bagaimanapun, Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.