,
Hiburan

“Lama Menyepi, Tup Tup Dah Jadi Tony Stark” – Imej Usop Wilcha Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
25/03/2020
13:46 MYT
Pelakon dan pelawak Usop Wilcha mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil dengan imej mirip watak adiwira terkenal, Tony Stark ataupun Ironman.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pegguna @hanifjamals mengulang kicau satu video nyanyian yang dimuat naik oleh pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu.
“Peh lama menyepi tup-tup dah jadi Tony Stark,” kata pengguna tersebut.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin menyanyikan lagu Lady sambil diringi petikan piano di rumahnya. “Sejak #StayAtHome ni gila tak tau nak buat apa, teman nyanyi lagu kegemaran yang confirm teman nyanyi kalau pergi karaoke dulu, LADY. Khas untuk Lady-lady di luar sana. Versi 1/2 lagu je, mana lady-lady nak versi penuh DM teman, jantan-jantan senyap jangan nak sibuk,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata pengikut dan selebriti turut sama terhibur dengan nyanyian Usop.
“Amboi, tetiba teringat kat arwah Kenny,” ujar pelakon Bront Palarae.
“Pekatnya twirl R nye yop!!” kata penyanyi Adibah Noor.
“Laaaa kekande ucop ke, sekali lalu dekat timeline tadi ingatkan TONY STARK Bila nyanyi lagu orang putih tak perasan orang malaysia rupa-rupanya,” komen seorang wargamaya.
“Macam Ironman ada, macam Sham Visa pun ada,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video nyanyian Ucop tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”

gempak
11/05/2024
00:55 MYT
Ini respons Caprice mengenai DM tersebut.
Laman Utama

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”

gempak
10/06/2023
04:50 MYT
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.
Laman Utama

Nampak Nenek Kebayan, Kerap Muntah Darah, Aween Ismail Syak Disantau! - "Doktor Kata Bukan Apendiks, Bukan Kanser"

gempak
02/08/2022
15:00 MYT
Cerita Aween Ismail ni mengerikan
Laman Utama

[VIDEO] Wany Hasrita Nikah Malam Ini!

gempak
22/07/2022
11:42 MYT
Tahniah Wany Hasrita
Laman Utama

Didik Diri Berdisiplin Sejak Di Bangku Sekolah, Fasha Sanda – “ Itu Resepi Saya Kekal Relevan”

gempak
21/07/2022
12:00 MYT
Bakat Fasha seiring dengan personaliti dirinya