,
Berita

Lakukan Gangguan Seksual, Onew SHINee Ditahan Polis

Rozaimi Zubaidi
14/08/2017
08:40 MYT
Anggota kumpulan SHINee, Onew ditahan polis selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di sebuah kelab malam.
Menerusi laporan Soompi, Onew didakwa telah memegang bahagian peribadi seorang wanita ketika dalam keadaan mabuk.
Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan Onew telah ditahan oleh pihak berkuasa bersama seorang saksi dalam kejadian itu.
"Onew ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak mampu untuk ingat apa yang berlaku ketika malam kejadian.
"Dia telah ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan semula dengan jaminan pihak polis," kata sumber.
Sementara itu, pihak pengurusan Onew, SM Entertainment mengesahkan perkara itu dan memaklumkan wanita tersebut juga telah menarik semula laporan kerana perkara dilakukan tanpa sengaja.
Tambah agensi, Onew berada di kelab malam itu untuk meraikan seorang rakannya yang baharu bekerja.
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video