,
Hiburan

Lakonkan Watak Penerima Implant Jantung Babi, Syarul Ezani; "Saya Sendiri Banyak Berfikir ..."

Amri Hassan
31/01/2024
11:51 MYT
Melakonkan peranan lelaki penerima jantung babi, pelakon utama drama Si Jantung Hati, Syarul Ezani punyai pandangan peribadinya.

BERITA TRENDING: Guna Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup, Drama Si Jantung Hati Tampil Jalan Cerita Unik

Ulas Syarul, isu dan hukum menggunakan jantung babi kerap menimbulkan persoalan dalam dirinya sendiri.
"Sejak saya dapat tahu pasal cerita si jantung hati saya sendiri banyak berfikir dan timbulnya persoalan itu juga.
"Di mana menukar jantung kita ke jantung babi untuk teruskan hidup suatu pilihan yang sangat susah untuk dibuat.
"Nak selamat menjalankan operasi tu satu hal nak terus hidup dengan darah yang mengalir di satu badan kita dipam oleh jantung binatang yang haram satu lagi hal.
"Mungkin bagi saya suatu keputusan tu hanya dapat dibuat jika pertama kita perlukan lebih masa. Lebih masa untuk mencapai suatu yang penting bagi dunia dan akhirat kita," katanya.
Syarul bagaimanapun akui berdebar untuk menantikan maklum balas dan sambutan daripada penonton drama Si Jantung Hati.
"Ya sangat berdebar. Cerita macam ni jarang kita dapat tengok dan mungkin bagi penonton kita ini memang first kita buat pasal topic ni.
"Saya harapkan sangat penonton akan suka dengan cerita Si Jantung Hati ni kerana cerita ni ada 'jantungnya'.
"Cerita yang ada banyak elemen yang dapat menyentuh kita secara mendalam. Saya sebagai pelakon sangat bersyukur dapat membawa watak Amir dalam cerita ni dan untuk sampaikan cerita ni ke penonton semua," tambahnya.
Syarul dalam pada itu menitipkan pesanan kepada individu yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta kepada yang tersayang.
"Bagi mereka yang sanggup buat apa saja demi cinta, buatlah apa sahaja yang kamu rasa setimpal dengan cinta yang membara dalam hatimu.
"Tapi ingatlah yang cinta kita pada Tuhan dan Rasul tu perlu mendahului. Fahamilah hukum hakam juga semasa nak buat apa saja.
"Tapi bawalah diri di dunia ini dengan cara terhormat dan penuh kasih sayang jagalah hati kamu dan hati si dia. Dan fahami sayang dan cinta suatu yang sangat istimewa.
"Allah pemilik semua hati dan Dia hanya pinjamkan hati si dia tu kepada kita," simpulnya.
Drama Si Jantung Hari mengisahkan Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila jantungnya perlu digantikan segera atau akan mati.
Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan untuk melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.
Bagaimanapun, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam badannya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?
Si Jantung Hati dibintangi oleh Syarul Ezani, Siti Hariesa, Fikhree Bakar, Jay Iswazir, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
Drama arahan Zainorhisyam Samudin itu bakal disiarkan bermula 7 Februari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #DramaSiJantungHati tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan promosi terbaharu PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bulan. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Betty Benafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara  pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Isteri Da'i Syed Reda Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - "Saya Dengan Rendah Diri Memohon Doa..."

gempak
30/08/2024
19:57 MYT
Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda dengan ujian yang diberikan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan dikenakan tiga sebatan terhadap suaminya itu atas kesalahan merogol.
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.