HIBURAN
Lakonan Siti Saleha Dalam ‘Dia Imamku’ Terima Banyak Pujian, Penonton Mula Rindu Watak ‘Cempaka Humairah’ - “Saya Menangis Setiap…”
Drama ‘Dia Imamku’ lakonan hebat gandingan pelakon Kamal Adli dan Siti Saleha sudah pun berakhir dengan 53 episod pada minggu lalu serta mendapat sambutan yang luar biasa.
DM daripada penonton
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Saleha berkongsi beberapa mesej yang diterima daripada penonton mengenai drama tersebut dan lakonannya.
“Saya baca semua DM anda. Sayang semua,” tulisnya secara ringkas.
Menerusi mesej yang diterima, rata-ratanya memuji watak Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah yang dibawa begitu baik.
“Tahniah Sally, sebab berjaya melakonkan watak Cempaka Humairah begitu baik sekali sehingga terkesan di hati. Saya akan merindui awak, Humaira setiap pukul 10 malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Mahu Berehat Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Rancang Bawa Keluarga Bercuti – “Saya Mahu Beri Fokus Pada Hawra & Uqasha”
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Syukur Drama Dia Imamku Beri Impak Besar - “Pergi Kemana Saja Sekarang Ini Semua Orang Panggil Saya Budin”
ARTIKEL BERKAITAN: Episod Akhir Slot MegaDrama ‘Dia Imamku’ Tayangan 2 Episod Berturut-Turut
“Awak berjaya dengan watak Maira. Saya menangis setiap babak Maira lakonkan sebab saya pernah di dalam situasi itu. Salah silap saya. Sama jalan ceritanya.
“Saya tengok dua episod menangis teresak-esak ya. Terima kasih melakonkan watak Cempaka Humairah dengan sangat baik. Sally dan Kamal gandingan yang hebat,” tulis beberapa mesej daripada penonton.
Minggu akhir ‘Dia Imamku’ sudah disiarkan pada 15 Mei lalu di Astro Ria. Tayangan dua episod berturut-turut ini diadakan khas buat semua peminat setia drama tersebut.
Must-Watch Video