,
Hiburan

Lakon Aksi Silat Dalam Teater ‘Dang Anum (The Untold Story)', Adam Shahz Terima Banyak Tawaran Lain - “Ada Yang Saya Terpaksa Tolak Sebab…”

Asyikin Mayudin
26/09/2024
06:25 MYT
Diberi peluang bersilat dalam teater Dang Anum (The Untold Story, pelakon Adam Shahz mendedahkan dia mula diintai penerbit dan pengarah bergenre aksi dan persilatan.

Tolak beberapa tawaran

Bagaimanapun, Adam memberitahu ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak disebabkan kurang yakin dengan gerakan silat yang dilakukan.

“Ikutkan ada juga beberapa tawaran yang saya dapat tapi ada yang saya terpaksa tolak, tidak mahu mencacatkan karya orang lain dengan gerak sumbang silat saya.

“Malah saya juga ada terima tawaran untuk melakukan persembahan silat di pentas susulan persembahan saya dalam teater Dang Anum tahun lalu,” katanya.

Pengajian silat gayong

Meskipun masih belum bersedia untuk menerima pelawaan berkaitan persilatan di filem, Adam kini dalam proses pengajian silat gayong bersama pelakon filem Geran, Lekiu Qohar.

“Saya bukan seorang pesilat tapi setiap kali latihan, saya akan kongsi klip melakukan latihan bersilat di sosial media untuk melihat maklumbalas mereka yang pakar.

“Malah beberapa rakan artis yang handal bersilat seperti Fad Anuar, memuji gerak silat saya sebab nampak ‘authentic’, tidak sumbang,” kata Adam.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’, Peguam Yakin Adam Shahz Berhak Tuntut Penjagaan Anak - “Mungkin Ada Terma Yang Pihak Sana…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Orang Bercinta Pun Rindu, Apatah Lagi Anak..."- Adam Shahz

ARTIKEL BERKAITAN: You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hollywood Nak Belajar Silat Dengan Fad Anuar - "Saya Tak Sangka Dia Follow IG Saya"

Pelakon yang memegang watak Tun Bija Ali dalam teater Dang Anum itu menegaskan, jika orang yang mengajar silat itu sumbang, maka langkahnya juga turut sumbang.
Oleh itu, dia bersyukur kerana banyak ilmu gerak silat dipelajari dari rakan pelakon yang berpengalaman seperti Md. Husin melalui Teater Dang Anum.
“Hasil koreografer silat dari beliau, nampak seakan saya seorang yang pandai bersilat,” katanya lagi.
Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) bakal mementaskan Teater Dang Anum (The Untold Story) pada hujung minggu ini bermula 27 sehingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.
Selain Adam Shahz, pelakon lain antaranya Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.
Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat

gempak
27/09/2024
05:55 MYT
Dalam usaha mendapatkan penaja wang ringgit untuk menampung kos pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story), pengarah, Amirul Haswendy Ashari, mengakui ada juga pihak yang berhasrat menaja gula paket.
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Hiburan

Lagi Sekali Jadi ‘Dang Anum’, Ain Sufia Sentiasa Amalkan Doa Sebelum Jiwai Watak - “Itu Yang Buatkan Saya Sangat Takut…”

gempak
26/08/2024
12:55 MYT
Sekali lagi diberi tanggungjawab membawa watak sebagai Dang Anum dalam teater ‘Dang Anum (The Untold Story), pelakon Ain Sufia berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjiwai karakter tersebut.
Laman Utama

Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’, Peguam Yakin Adam Shahz Berhak Tuntut Penjagaan Anak - “Mungkin Ada Terma Yang Pihak Sana…”

gempak
28/02/2023
06:25 MYT
Harap dapat diselesaikan dengan cara baik.
Laman Utama

“Kalau Layan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?” - Adam Shahz Ada Sebab Tak Respon Video Sindiran Suami Fatin Afeefa

gempak
24/02/2023
05:00 MYT
Adam Shahz bertindak matang
BorakSeeni