,
Berita

Lakar Sejarah Penting Dalam Bidang Arkeologi Negara, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Dr Nasha Rodziadi Khaw

Umirah Halim
21/09/2024
15:55 MYT
Pasukan penyelidik tempatan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), melakar sejarah penting dalam bidang arkeologi negara menerusi penemuan arca berbentuk manusia lengkap di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah pada Jun lalu.
Perkara tersebut membuktikan bahawa kawasan itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.

5 fakta

Jom ketahui 5 fakta menarik mengenai Dr Nasha Rodziadi Khaw, yang menyandang jawatan sebagai ketua pasukan bagi penyelidikan arca tersebut.
  1. Ahli arkeologi berusia 39 tahun itu dilahirkan dan dibesarkan oleh bapanya yang berbangsa Cina dan ibunya yang berbangsa Melayu di Butterworth, Pulau Pinang.
  2. Dr Nasha kemudian melanjutkan pengajian melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang arkeologi di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2008 dan kemudiannya menamatkan PhD pada tahun 2016 di Universiti Peshawar, Pakistan, memfokuskan pada inskripsi dan tamadun Gandhara.
  3. Sewaktu kecil, buku teks sekolah menengah abangnya telah mendedahkannya kepada banyak input mengenai kerajaan purba yang pernah berkembang di seluruh Asia.
  4. Dr Nasha kini merupakan pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) di Universiti Sains Malaysia
  5. Watak fiksyen, Indiana Jones tidak memberi inspirasi kepada dirinya kerana beranggapan apa yang digambarkan dalam filem itu sebenarnya adalah rompakan dan pemusnahan tapak arkeologi, bukan penyelidikan yang betul.
Sebelum ini, penemuan yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), USM, itu akan menjadi aset arkeopelancongan yang menarik pelancong ke Kedah.

BERITA TRENDING: Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan
BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura,
Berbeza dengan arca yang ditemui pada penyelidikan terdahulu, arca kali ini ditemui lengkap bersama kepala dengan ciri-ciri ikonografi seperti jubah, riak wajah dan pakaian dapat dilihat dengan jelas.
Turut ditemukan adalah sebuah prasasti Sanskrit yang diukir di atas badan batu serta serpihan tembikar tanah.
Sumber: Awani & Tatler Asia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Khinzir Merupakan Lukisan Tertua Di Dunia, Berapa Usianya?

gempak
14/01/2021
22:48 MYT
Lukisan ini ditemukan dalam sebuah gua di Indonesia