,
Hiburan

Lakar Sejarah, Impian Dolla Tercapai Adakan Konsert Perdana Khas Buat Peminat

Ainun
06/08/2024
03:55 MYT
Lebih empat tahun mencipta nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan Dolla kita mampu tersenyum bangga dengan penganjuran konsert sulung Dolla: Re:birth The Experience pada Sabtu lalu.
Menampilkan persembahan bertenaga dan luar biasa, Dolla sukses melantunkan 14 buah lagu yang menampilkan sisi mereka sebagai trio pop paling digemari di Malaysia.
Pentas konsert dimulakan dengan tayangan video, kemudian diikuti dengan persembahan pembukaan menyanyikan lagu Bad. Menerusi persembahan tersebut, Sabronzo, Tabby dan Angel mengenakan busana warna ungu cair yang menyerlahkan karakter menawan dan penuh keyakinan.
Persembahan pada malam itu diteruskan dengan lagu Fight dan Dolla Make You Wanna. Selain menyampaikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat, mereka turut meluangkan masa untuk menyapa dan berinteraksi dengan para peminat yang hadir, menjadikan suasana konsert lebih mesra dan meriah.

BERITA TRENDING: Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

BERITA TRENDING: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

Bahang pada malam itu diteruskan dengan lagu-lagu seperti Drip, Best Side, dan Look At This. Alunan muzik hebat dari kugiran secara langsung berjaya meningkatkan adrenalin peminat yang hadir pada malam itu.
Dalam pada itu, Dolla juga berkongsi beberapa video selingan yang memaparkan persiapan mereka sebelum konsert berlangsung, video khas dari peminat serta video tentang pencapaian mereka sepanjang karier mereka di industri muzik Malaysia.

“Kami sangat berbesar hati untuk membuat persembahan di depan peminat, keluarga, Universal Music,dan semua yang hadir pada malam ini,” kata Sabronzo.

Menerusi segmen encore, Dolla mempersembahkan lagu bergenre balada mereka yang berjudul Here4u.
“Kami ingin ucapkan terima kasih kerana hadir ke konsert kami. Kami dedikasikan lagu ini untuk anda semua, Here4u,” kata Tabby kepada iDollas.

BERITA TRENDING: Beri Baju Lama Kepada Adik, Syasya Rizal Selesa Sarung Abaya

BERITA TRENDING: Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”

Untuk rekod, konsert yang dianjurkan oleh Human Solution di Zepp, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh 2,400 peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.