,
Hiburan

Lagu Sumpah Dinyanyikan Idayu, Liza Hanim & Ernie Zakrie... Ini Reaksi Naim Daniel!

Hanafis Haris
23/09/2019
10:57 MYT
Semalam, pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH).
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mira membawa ira membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.
BACA: Senarai Penuh Pemenang ABPBH 32: Mira Filzah Bintang Paling Popular!
Namun, dalam pada meraikan pemenang, perhatian turut tertumpu kepada persembahan penutup, khususnya gabungan tiga penyanyi bervokal lantang, Idayu, Liza Hanim dan Ernie Zakrie.
Liza Hanim menyanyikan lagu Juara Dusta dari Arif Barhan manakala Ernie menyanyikan lagu Kepuraanmu dari Luqman Faiz.
Persembahan bertenaga itu kemudian ditutup kemas dengan nyanyian Idayu yang membawakan lagu Sumpah dari Naim Daniel.
Persembahan tiga diva Malaysia itu bukan hanya dipuji penonton, malah turut menarik perhatian penyanyi asalnya, Naim.
Menerusi satu posting di Instagram, Naim menyifatkan lagu tersebut dibawa dengan cukup baik, malah rendisi terbaru dipersembahan malam tadi cukup cantik.
"Terima kasih Idayu, Liza Hanim dan Ernie Zakri membawakan lagu Sumpah dengan cukup indah. Terima kasih juga penganjur yang sudi memilih lagu ini untuk persembahan penutup," katanya.
Menurut Naim, dia tidak menghadirkan diri ke acara itu disebabkan terlalu sibuk di studio untuk penghasilan material baru.
"Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang, sumpah saya sayanng anda semua," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Sumpah sebagai lagu berhantu tahun ini.
Selain itu, tidak kurang juga yang mendakwa persembahan itu lebih menarik sekiranya dinyanyikan oleh Naim.
Ini antara komen mereka di posting tersebut:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.