,
Laman Utama

Lagu Negaraku Dimainkan Ketika Perlawanan Indonesia Vs UEA! Apa Sebenarnya Berlaku?

Hanafis Haris
13/06/2021
04:31 MYT

Tular di media sosial sepotong rakaman video yang memaparkan perlawananan Indonesia vs Uni Emirat Arab (UEA) di Stadion Zabeel, Dubai.

Apa yang mencetuskan kekeliruan adalah lagu Negaraku secara tiba-tiba diputarkan sebelum perlawanan tersebut.

Lagu yang patut dimainkan ketika itu adalah lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya

Menerusi video tersebut, penyokong yang menyaksikan perlawanan itu terkejut lalu meminta supaya lagu yang betul dimainkan.

Malah, pemain kebangsaan Indonesia juga dilihat hairan dan seakan keliru dengan kejadian tersebut.

Penyerang utama mereka, Kushedya Hari Yudo dan bek Arif Satria antara dua pemain Indonesia yang dibuat bingung dengan situasi tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka dilihat tenang mengawal kejadian berkenaan dan selepas beberapa minit, lagu sebenarnya telah pun dimainkan.

Kesilapan itu juga dipercayai disebabkan kesilapan teknikal.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Indonesia berdepan dengan UEA dalam perlawanan terakhir mereka untuk kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan G.

Apapun, diharapkan isu berkenaan tidak menjadi punca ‘tikam lidah’ penyokong bola sepak baik Malaysia mahupun Indonesia, khususnya di media sosial

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.