,
Laman Utama

"Lagu Ini Hit Us Differently Now" - Kesetiaan Trending, Netizen Kenang Semula Video Sweet Shuib & Siti Sarah

Amri Hassan
09/08/2021
14:47 MYT
Kesetiaan tidak hanya menjadi sebuah lagu siulan ramai, ia kini satu karya yang melatari perjalanan hidup ramai sepertimana pulangnya penyanyi itu ke negara abadi pada pagi Isnin.
Maka tidak hairanlah, ramai yang menciap lagu ciptaan komposer terkenal Ajai itu hingga menjadi antara topik sohor kini di Twitter.
Antara yang ditulis netizen terutama peminat setia Siti Sarah, lirik dan melodi lagu itu kini menjadi lebih bermakna dan sayu.
"Kesetiaan is one of my favourite from Siti Sarah. Now the feel in the song must be different," ciap @imranlawehh.
"After this, Kesetiaan by Siti Sarah really hits differently," tambah @xKazumz.
"Kesetiaan akan menjadi lagu paling sedih dari arwah Siti Sarah," tulis @mimtakokey.
"Sarah's song will hit differently now; Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu... can't believe this is real, she's gone too soon," tambah @illusonina.
Kesetiaan, sebuah naskhah yang pernah balada yang mencuri tumpuan ramai sekitar tahun 2002. Lagu terbabit juga pernah lolos ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 2003.
Selain Kesetiaan, beberapa lagu 'berhantu' arwah Siti Sarah termasuk Saat Hilang Cintamu, Semakin dan lagu terakhirnya bersama Hazama, Terakhir Buat Teman juga menjadi lagu yang dikenang netizen di media sosial.
Al-Fatihah. pic.twitter.com/YoiJ9IW6M7— Mizwan Mahadi (@mizwan_mahadi) August 9, 2021 Selain lagu Kesetiaan, nama Siti Sarah dan Shuib juga menjadi topik sohor kini di platform media sosial itu. Hingga ada yang turut berkongsi semula beberapa video pasangan itu sebelum ini.
"Waktu aku tengok video ni sebelum ni aku tergelak, sekarang aku tengok, aku nangis. Ramai sayang kau Sarah," ciap seorang pengguna. Video Sarah berkongsi tips rumah tangga sambil menjerkah suaminya itu pernah tular sebelum ini hingga mencuit hati ramai dengan reaksi spontan Shuib.
Selain itu, lagu Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Sarah dan Shuib turut tular di media sosial. Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.