,
Laman Utama

Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega

Mya Amri
30/11/2023
10:25 MYT
Satu demi satu pendedahan dikemukakan netizen di media sosial berkenaan kisah rumah tangga Alif Teega dan Aisyah Hijanah.
Terbaharu, seorang individu mendakwa dirinya merupakan abang ipar kepada isteri kedua Alif iaitu Fatin Umaidah tampil mendedahkan mengenai keluarga wanita itu.

PILIHAN PEMBACA: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

PILIHAN PEMBACA: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?

PILIHAN PEMBACA: Klinik Beri Kenyataan Rasmi, Netizen Laju Komen - “Jadi Rekod Kesihatan Aisyah Tu Betul Lah Kan?”

Menerusi hantaran yang viral di TikTok, individu yang menggunakan nama Cik Wan itu mendakwa isterinya yang juga merupakan kakak kandung Fatin telah dibuang keluarga.
Hal itu berlaku kerana isterinya tidak bersetuju dengan tindakan Fatin yang ingin berkahwin dengan Alif.
“Arma merupakan kakak kandung kepada Fatin Umaidah telah di buang keluarga gara gara tidak mahu bersekongkol dengan keluarganya yang mempertahankan Fatin menjadi isteri kedua kepada Aliff Tegang.
“Punyalah perangai busuk perangai mereka ni, lepas tu cuba buat akaun fake di TT untuk memburukkan aku.
“Pengakuan telah di screenshot dan voice note telah dijadikan bukti semasa laporan di buat malam tadi. Betapa buruknya perangai ahli keluarga mentua aku ni.
“Dulu kemain tak boleh terima isteri kedua aku dalam keluarga mereka. Berusaha nak Arma berpisah dengan aku. Merekalah punca aku dan isteri bergaduh kerana Arma terikut cakap mereka.
“La ni Arma dah kena buang keluarga sebab tak menyokong tindakan Fatin dan ahli keluarga cuba nak memburukkan aku agar tiada siapa mempercayai aku dan berangapan keluarga mereka lah yang teraniaya,” dedahnya.
Dalam pada itu, Cikgu Wan juga mendakwa dia telah menerima layanan buruk daripada keluarganya selain dihina oleh mentuanya.
“Lihatlah bertapa hinanya aku di mata mak mentua aku yang juga mak mentua kepada Alif tegang yang baharu ni.
“Dia hina aku dalam kalangan keluarga mereka. kononnya anak anak dia yang tahu tentang soal agama dan aku seperti tak layak duduk di atas tikar sejadah.
“Mak dia lupa ke anak yang dia buang tu pernah ikut dan tinggal dengan aku di Kaherah Mesir selama 2 tahun.
“Dia tak sedar anak dia buang tu tak pandai mengaji.. akulah yang ajar dia mengaji dengan siap ada rotan kat tangan.
“Ya betul… Aku bukan manusia yang baik. Mungkin jahil dalam beberapa perkara juga dan aku tak pernah mengaku yang aku ni adalah yang TERBAIK.
“Tapi jangan suka hina orang lain... Aku berjuang pertahankan keluarga aku walaupun bertahun kau orang menghasut Arma sampai Arma sanggup bergaduh dengan suami dia sampai tahap dia pernah jatuh nusyuz pada suami (aku). Kau orang ni tak ada hati dan perasaan ke?,” jelasnya.
Terdahulu, Alif Teega sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu menunjukkan rekod perubatan yang didakwa kepunyaan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di Platform X.
Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat rekod tersebut menerangkan Aisyah membuat aduan didera oleh Alif pada 9 November lalu.
BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Rekod itu turut mendakwa Alif memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai.
Selain itu, rekod itu juga menyatakan Alif melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Viral

"Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

gempak
03/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi doa berkaitan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Viral

Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

gempak
01/09/2024
09:28 MYT
'Doakan saya, ujian saya sangat berat'. Itu reaksi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azhari berkaitan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
Hiburan

Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”

gempak
29/07/2024
08:55 MYT
Gara-gara memuat naik gambar bersama pasangan suami isteri pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, penyanyi nasyid Dr Fitri Haris dikecam netizen yang ada antaranya berhenti mengikuti Instagramnya.