,
Laman Utama

‘Ladang Lipas’ Terbesar Di Dunia Ini Ternak Lebih 6 Bilion Ekor Untuk Dibuat Ubat!

Izwan Isa
19/10/2023
13:30 MYT

Lipas sememngnya dikenali sebagai haiwan pengotor dan pembawa penyakit namun tahukah anda, lipas juga boleh dibuat ubat.

Bertempat di Xichang, daerah Sichuan, China, sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina.

Bayangkan anda masuk ke dalam ladang tersebut, anda akan dihurung sebanyak hampir enam bilion lipas!

Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.

Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.

Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat.

Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini didakwa mempunyai agen penyembuh yang telah banyak menyelamatkan pesakit di China.

Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.

Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka.

Sumber: South China Morning Post

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
the-hardest-singing-show

Rupanya Rina Nose Takut Lipas, Lepas Persembahan Aepul Tiba-Tiba Rasa Benda Merayap - “Ada Helaian Rambut Halus Di Leher”

gempak
14/07/2024
10:03 MYT
Selebriti versatil Indonesia dan juga pengacara The Hardest Singing Show (THSS), Rina Nose mendedahkan dia merupakan seorang yang takut dengan lipas.
Hiburan

“Takut Haiwan Tiada Bulu, Suka Main Mobile Legends” – Syada Amzah Dedah 30 Fakta Mengenai Dirinya

gempak
22/03/2024
06:55 MYT
Syada kongsi fakta mengenai dirinya.
Viral

'Oyen' Tersangkut Lubang Dinding Gara-Gara Kejar Lipas!

gempak
20/02/2024
06:30 MYT
Angkara mengejar lipas, 'Oyen' terpaksa menanggung kesakitan selama hampir dua jam selepas tersangkut pada lubang dinding rumah