BERITA
Ladang Ganja Terbakar, Satu Kampung Khayal
Sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand dilaporkan terbakar menyebabkan penduduk sekitarnya khayal akibat menghidup asap kebakaran terbabit.
Menurut akhbar Thai Matichon, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.
Perkhidmatan kecemasan, termasuk polis tempatan, pegawai bantuan bencana dan penyelamat sukarela telah dikerahkan untuk menyiasat di lokasi kejadian.
Anggota bomba yang bertindak pantas dengan trak air berjaya mengawal kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke bangunan lain.
Namun, sebaliknya terjadi apabila penduduk tempatan dan pelancong didapati 'ketawa tidak henti' selepas menghidu asap kebakaran tersebut.
Selain itu, segelintir daripada mereka turut mengalami pening dan mata merah dipercayai akibat terdedah terlalu lama dengan asap kebakaran itu.
Keadaan didapati pulih beberapa jam selepas itu.
BERITA BERKAITAN: Netizen Simpati, Wanita Berat 300 Kg Terpaksa Diangkut Guna ‘Tow Truck’ Untuk Ke Hospital
BERITA BERKAITAN: Guru Sains Buat Eksperimen, 4 Murid Cedera Disambar Api
BERITA BERKAITAN: Lelaki Thailand Bawa Anak Singa Bersiar Diburu Polis
BERITA BERKAITAN: Jaa Suzuran Terkejut Abang & Kakak Ipar Terlibat Kes Dadah Di Thailand, Hanya Mampu Sabar - "Siapa Tak Nak Pertahankan Keluarga ..."
Pemilik ladang tersebut, Kanchana,40, menjelaskan bahawa perniagaannya telah mendapat permit secara sah untuk menanam pokok ganja.
Dia mengesyaki kebakaran bermula daripada litar pintas elektrik yang melibatkan panel lampu untuk loji penyiraman pokok sehingga mengakibatkan api merebak pantas.
Tambahnya, anggaran kerugian mencecah 200,000 baht (RM26,320).
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Must-Watch Video