,
Hiburan

Kyro Shakur Nama Anak Sulung Ammar Alfian

Amri Hassan
02/08/2019
07:05 MYT
Pelakon Ammar Alfian tampil mendedahkan wajah bayi sulungnya yang diberi nama Kyro Shakur.
BACA: "Baby K Is Here" - Isteri Ammar Alfian Bersalin
Menerusi akaun Instagramnya, bintang filem Paskal The Movie itu memuat naik fotonya hitam putih sambil mengendong bayinya.
"I pledge my life to you. My son. Kyro Shakur," tulis Ammar.
Ammar dalam masa sama turut memuji pengorbanan isterinya, Nelissa Nezam sepanjang tempoh kehamilan hingga bersalin.
"Wanita paling kuat yang saya pernah kenali. Kamu telah melakukan bahagian kamu sehabis baik dan sekarang tiba giliran saya. Saya cintakan kamu berdua," tambah Ammar.
Nelissa turut memuat naik fotonya menerusi entri dan Instatoriesnya pagi tadi.

KYRO SHAKUR ? 31.07.2019 #kyroshakur

A post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.
BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
BACA: "Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian
BACA: Tayang Bukti Perbualan WhatsApp, Isteri Ammar Alfian Nafi Fitnah Suami Sendiri
BACA: "Saya Tahu Saya Salah" - Ammar Alfian Mengaku Curang
Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.
BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan
Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.
BACA: "Ditinggal Untuk Bercuti Semasa Saya Dimasukkan Ke Hospital .. Tertangkap Mesej Dengan Perempuan Lain .." - Isteri Ammar Alfian Tidak Ingin Berbaik
BACA: “Nak Hina, Hinalah... I’m Trying My Best To Fix My Marriage” - Ammar Alfian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Kongsi Video Romantik, Ammar Alfian Kini Sedang Hangat Bercinta?

gempak
13/04/2024
02:55 MYT
Wah cantik girlfriend Ammar.
Laman Utama

Bekas Isteri Ammar Alfian, Nelissa Selamat Bernikah Selepas 3 Tahun Bercerai

gempak
06/03/2023
04:26 MYT
Tahniah bekas isteri Ammar Alfian, Nelissa dan suami
Laman Utama

Rosakkan Van Pos Malaysia & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

gempak
01/11/2021
22:35 MYT
Ammar memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan...
Laman Utama

Buat Servis Angkat Barang Berat, Ammar Alfian Niat Kongsi Untung Dengan Rakyat Palestin - "Jangan Malu-Malu Boleh Cari Saya ..."

gempak
03/06/2021
03:50 MYT
Hari pertama bertugas sebagai GoGetter.