,
Hiburan

Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First

Hanafis Haris
15/11/2020
15:32 MYT
Selepas meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta.
Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.
Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.
Sementara itu menerusi satu posting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bukan Sebab Popular, Syahmi Sazli Kongsi Amalan Berjaya Kutip RM60,000 Jual Air Balang 3 Minggu: “Mi Bukanlah…”

gempak
10/05/2022
09:16 MYT
Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi..
Berita

Penangan Mael Totey The Movie, FINAS Mahu Angkat Syahmi Jadi Ikon Pengarah Muda

gempak
15/12/2020
10:20 MYT
Filem ini mengutip lebih RM7 juta sepanjang ditayangkan di Astro First
Hiburan

Pecah Rekod Lagi Dan Lagi Dan Lagi! Mael Totey The Movie Kini Capai Kutipan RM7 Juta!

gempak
03/12/2020
08:15 MYT
Tahniah pada semua yang terlibat!
Hiburan

“Sekurang-Kurangnya Dia Buat...Syahmi Jalan Terus!” - Datuk Adi Putra Pertahan Karya Mael Totey The Movie

gempak
15/11/2020
11:06 MYT
MTTM masih no.1 carta Astro First!
Hiburan

Dikritik Filem Tak Capai Standard Oleh Ellie Suriaty, Syahmi Sazli Tak Melatah! Ini Responnya!

gempak
12/11/2020
16:16 MYT
Ada betulnya ada yang tidak