,
Hiburan

Kumpulan Popular Jepun, AKB48 Buru Bakat Hebat Di Malaysia!

Mya Amri
24/02/2024
12:55 MYT
Pencarian KLP48 - 1st Generation Audition - I shine from the Heart of Asia bakal berlangsung di Malaysia.
Pencarian itu bertujuan untuk menubuhkan kumpulan wanita sekali gus menyambung legasi kumpulan fenomena dari Jepun, AKB48.
Menurut Pegawai Eksekutif 48 Entertainment Sdn Bhd, Jun Hiraguchi selaku penganjur, projek itu semestinya bakal mencetus fenomena dengan mengetengahkan bakat terbaik dari negara ini.
"Kami amat berbangga kerana dapat melebarkan empayar AKB48, JKT48, TPE48, CGM48 misalnya kini di Malaysia. Apa yang kami inginkan daripada KLP48 adalah kualiti sebenar pada gadis-gadis itu.
"Ia bagi menonjolkan bakat semula jadi mereka dengan paling terbaik demi menjadi idola seperti kumpulan wanita yang sudah dicipta sebelum ini," katanya.
Projek itu susulan 48 Entertainment Sdn Bhd. yang menandatangani kontrak bersama Superball Co., Ltd.
Ketua Pegawai Eksekutif Nariaki Terada yang menjaga syarikat AKB48 Overseas Sister Groups.
Sudah 18 tahun penubuhannya, jenama AKB48 masih relevan mencetuskan sensasi di negara serantau termasuk Thailand, China, Vietnam, Filipina dan Indonesia kini dalam misi memburu permata baharu di negara ini.
Kumpulan terbabit akan dinamakan sebagai KLP48 di bawah 48 Entertainment Sdn Bhd.
Penyertaannya dibuka kepada gadis berusia antara 13 hingga 23 tahun bagi menunjukkan bakat dan kualiti dalam nyanyian serta tarian.
Terdahulu, fenomena dan kejayaan AKB48 turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai Kumpulan Pop Dengan Anggota Teramai Di Dunia terlebih dahulu.
Kemudian jenama itu terus unggul dengan penubuhan kumpulan JKT48 dari Jakarta, Indonesia pada 2011.
Disusuli BNK48 (Bangkok, Thailand, 2017), TPE48 atau kini juga dikenali sebagai AKB48 Team TP yang ditubuhkan di Taipei, Taiwan pada 2018, MNL48, (Manila, Filipina), AKB48 Team SH (Shanghai, China) dan SGO48, (Ho Chi Minh, Vietnam), CGM48, Chiang Mai, Thailand yang ditubuhkan pada 2 Jun 2019 lalu.
Penyertaan untuk pencarian di Malaysia dibuka sejak 19 Februari sehingga 31 Mac.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar