,
Laman Utama

Kumpulan Nasyid Zayne Tampil Dengan Genre Pop Berentak Rancak Mahu Menangi Hati Remaja?

Asraf Aided
30/11/2021
12:20 MYT
Kumpulan nasyid dan lagu ketuhanan yang sedang mencipta nama, Zayne kini tampil dengan single kedua mereka berjudul Kaulah Cinta.
Zayne yang sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu diikuti beberapa lagu rakaman semula atau 'cover' bersama artis tempatan yang lain, kini mempertaruhkan single terbaru mereka untuk mendapat tempat di hati peminat.
"Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami ini," kata Furqan sebagai ketua kumpulan berkenaan.
Sementara anggotanya Mateen akui bertuah kerana kumpulan mereka berpeluang untuk menjalin kerjasama dengan label arus perdana, World Peace Entertainment.
"Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini. Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kumpulan ini," tambahnya menjelaskan mengenai kerjasama antara Inteam Digital dan World Peace Entertainment bagi menerbitkan single Kaulah Cinta.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini menampilkan genre pop berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga.
Menurut Firdaus Rahmat, selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam lebih untuk menyempurnakan lagu Kaulah Cinta.
"Sebelum ini kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula, kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini," tambah anggota yang lain iaitu Basit.
Bercakap mengenai lirik, seorang lagi anggota Zayne, Naufal akui lagu terbaru mereka ini jika sekali dengar seperti lagu cinta antara manusia, namun ia sebenarnya mengisahkan cinta terhadap Allah SWT.
"Lirik Kaulah Cinta ini walaupun sekali dengar seperti cinta sesama manusia, hakikat sebenarnya ialah ia menyentuh soal cinta teragung iaitu Cinta Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
"Video klip yang kami rakamkan di Hotel Mandarin Kuala Lumpur dan sekitarnya juga membawa mesej walau apa yang kita lakukan, kita mesti sentiasa melaksanakan kewajipan kita kepada Ilahi," katanya.
Lagu Kaulah Cinta yang telah pun sebulan dilancarkan kini berada di seluruh platform digital seperti Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKBox, Apple Music dan lain-lain.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ahli Nasyid Juga Manusia Biasa, Ada Kelemahan Dan Kekurangan” - Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

gempak
31/03/2022
23:15 MYT
Jangan cepat jatuh hukum pada seseorang.
Laman Utama

“Tak Ada Masalah Menyanyi Lagu Ketuhanan, Dapat Berdakwah Menerusi Lagu” – Nash

gempak
14/12/2021
05:38 MYT
Suara Nash masih lagi sedap tau, suka dengar Nash menyanyi.
Laman Utama

Ezad Lazim Tampil Berbeza Dengan Hip Hop Berkonsep Ketuhanan

gempak
22/04/2021
09:50 MYT
Sesuai dengan kedatangan Ramadan...
Hiburan

Zayne Pelapis Baru Kumpulan Nasyid Inteam

gempak
03/02/2020
11:56 MYT
Berita

Perosak Bahasa Arab Tulen, UNIC Dihentam Teruk Peminat

gempak
25/08/2018
06:00 MYT